Doa Bersyukur

“Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh”. (Q.S. An-Naml : 19)

Monday, October 25, 2010

Sembang Lampin

Ibu: Lampin kain?Maaf saya tak berminat. Lecehlah. Nak pin sana sini. Nak kena guna alas plastik lagi. Dalam sehari mungkin kena tukar 10-12 kali agaknya.

Borneo Clothdiapers: Puan, dahulu memang lampin kain ni leceh pengendaliannya. Kena lipat, pin (ibu-ibu pun selalu takut tercucuk pin pada anak) dan alas plastik seperti yang puan cakap tadi. Tapi sekarang, lampin kain moden dah tak begitu lagi. Inovasi dah membuatkannya semakin “simple” dan mudah dikendalikan.

I: Tapi saya ni bekerja dan rasanya tidak ada masa lebih untuk basuh-membasuh lampin.

BCD: Jangan risau, lampin kain moden tak perlu diberus atau disental. Malah boleh masukkan terus ke dalam mesin basuh.

I: Tak kotor ke mesin basuh?

BCD: Mesin basuh memang direka untuk membasuh baju kotor. Mesin basuh moden membilas pakaian 2-3 kali pusingan. Insyaallah tidak timbul masalah kotoran.

I: Rasa kurang selesa nak campurkan lampin kotor dengan pakaian lain dalam mesin basuh.

BCD: Jika tidak mahu membilas sendiri, boleh cuci berasingan. Jika ingin cuci bersama pakaian lain, boleh rendam terlebih dahulu lampin kotor, bilas dan perah, kemudian masukkan ke dalam mesin basuh bersama pakaian lain.

I: Bukan kah basuh membasuh ini akan jadikan bil elektrik dan air melambung tinggi?

BCD: Mungkin naik sedikit, tetapi masih jauh lebih murah berbanding kos keseluruhan lampin pakai buang.

I: Tapi kotoran di lampin bayi tu perlu dibilas sendiri lah ye? Saya tidak dapat bayangkan macam mana nak buangkan kotoran bayi dari lampin. Maaf, saya rasa tak lalu..

BCD: Kalau pakai lampin pakai buang pun sama je Puan. Setiap ibu bapa akan bersihkan kotoran anaknya juga. Bila anak dah mula latihan ke tandas tetapi belum pandai uruskan diri, ibu bapa pun perlu bersihkan kotoran anak juga kan?

I: Tapi 3 tahun tu jangkamasa yang lama untuk membilas lampin kotor.

BCD: Sebenarnya kanak-kanak yang memakai lampin lebih cepat mahir ke tandas berbanding kanak-kanak yang memakai lampin pakai buang. Walaupun menurut pakar kebanyakan kanak-kanak boleh mula dilatih ke tandas mulai umur 18bulan, ada anak yang memakai lampin kain selesai latihan ke tandas pada umur 15 bulan!

I: Kenapa begitu ya?

BCD: Sebab mereka tidak rasa kering sepenuhnya (seperti lampin pakai buang) pada setiap masa.

I: Bukan kah kebasahan tu nanti kurang sihat untuk anak? Nanti ruam lampin pula.

BCD: Bukan basah Puan, tetapi sedikit kelembapan yang berlaku bila insert telah penuh. Namun mengikut rekod kami, lampin kain moden tidak menyebabkan ruam lampin kerana fabrik fleece atau bamboo charcoal di lapisan dalam lampin membenarkan perolakan udara panas keluar dari lampin. Malah, lampin pakai buang yang banyak menimbulkan masalah ruam lampin ini, termasuk beberapa jenama terkemuka yang sudah tentu mengandungi pelbagai bahan kimia berbahaya.

I: Masih tak boleh terima bab-bab cuci lampin kotor. Lagipun nanti menyusahkan atuk nenek yang jaga bayi pula.

BCD: Puan boleh alas bahagian dalam lampin dengan “washable liner” yang diperbuat dari fabric fleece yang senang dibilas. Atau boleh guna “disposable nappy liner” yang boleh dibeli di mana-mana kedai bayi. Yang ini “flushable”. Walaupun kena beli, kos keseluruhannya lebih murah berbanding lampin pakai buang. Jika Puan sudah biasa dengan jadual “pee and poo” bayi, Cuma perlu pakaikan liner bila perlu sahaja untuk lebih jimat. Di rumah pengasuh, boleh bekalkan baldi kecil bertutup atau “wet bag” untuk simpan sementara lampin kotor. Mereka tidak perlu membasuhnya.

I: Erm, apa lagi sebabnya saya perlu bertukar kepada lampin kain moden?

BCD: Ia jimat. Dapatkan sekurang-kurangnya 10 set ianya cukup untuk basuhan setiap hari. 1 set mengandungi 1CD+2inserts. Jika rajin menukar insert setiap 4 jam, bayi hanya perlukan 3-5 set sehari. Tapi jika Puan mengumpul basuhan ke 2-3 hari sekali atau ingin pengasuh melampinkan anak semudah lampin pakai buang, Puan perlukan sekurang-kurangnya 24 set.

Satu lagi, lepas ni papa tak perlulah ke pasaraya memborong lampin pakai buang 3-4 pek untuk kegunaan sebulan. Atau tidak perlu lagi berkejar ke kedai serbaguna di tengah-tengah malam kerana lampin pakai buang habis. Paling teruk lagi jika tiada saiz lampin pakai buang yang diingini..almaklumlah tengah-tengah malam kan? Ini yang paling bagus sekali, tiada isu lampin habis atau lampin tidak lagi muat kerana bayi dah bertukar saiz! Ini kerana 1 lampin boleh dipakai dari lahir (3kg) sehingga bayi maksimum 13-18kg (mengikut jenis lampin kain).

I: Mahalnya kos nak dapatkan 24 set tu. Orang kaya-kaya boleh lah beli.

BCD: Puan boleh bermula sedikit demi sedikit. Dapatkan 2-3 set dahulu untuk kegunaan sebelah malam atau hujung minggu. Di Borneo CD, kos untuk 1 set CD (baru) adalah serendah RM29 sahaja (lebih murah dari harga 1pek lampin pakai buang yang berjenama). Bulan depan, beli lagi 2 set, dan seterusnya. Pada bulan ke-5 Puan dapati Puan dah kumpul bilangan set minimum dan boleh pakaikan anak dengan lampin sepenuhnya.

I: Kalau macam tu bolehlah saya mencuba.

BCD: Insyaallah Puan. Berbaloi memilikinya.

Wednesday, September 29, 2010

Selebriti Terkenal Juga Lampinkan Anak Dengan Clothdiapers!

Pelanggan-pelanggan yang dihargai,

Mereka terkenal, mereka jutawan dan mereka memilih clothdiapers untuk anak-anak mereka kerana yakin kebaikannya. Mereka termasuklah selebriti terkenal Hollywood seperti Julia Roberts, Gwyneth Paltrow, Brooke Shields, Denise Richards, Diane Farr (siri Numb3rs), Anna Belknap (CSI:NY) dan ramai lagi. Untuk membaca artikel asal boleh layari link berikut:



Sebahagian mereka mula gunakan clothdiaper setelah mendapat clothdiapers sebagai hadiah sempena kelahiran bayi mereka. Setelah itu mereka kekal menggunakannya sehingga anak memasuki fasa latihan ke tandas.

Artis Malaysia? Saya belum ada informasi lagi siapa yang lampinkan bayi mereka dengan clothdiapers. Tapi saya tahu kebanyakan ibu bapa Malaysia yang sedar tentang kepentingan natural parenting dan kepentingan menjaga alam sekitar akan memilih clothdiapers untuk anak-anak mereka. Sudah tentu pilihan yang bijak!

Anda bukan ibu bapa? Tidak mengapa...mulai sekarang boleh sama-sama mendukung usaha menyelamatkan alam sekitar dengan menghadiahkan kawan-kawan atau saudara mara yang baru mendapat cahaya mata dengan clothdiapers. Berpahala tu Insyaallah-bantu kawan/saudara berjimat. Kalau hadiahkan baju baby atau set toileteries baby akan gunakan sekejap saja. Tapi kalau hadiahkan clothdiapers, baby pakai sehingga mahir ke tandas..dan boleh diguna lagi untuk anak-anak seterusnya.

Selamat membuat pilihan bijak!

Salam hormat...

p/s: Kajian mendedahkan bayi menukar lampin sebanyak 7000 ke 8000 kali sebelum memulakan latihan ke tandas. Jadi, dianggarkan 450 bilion lampin pakai buang digunakan dalam setahun di seluruh dunia. Ini menyumbang kepada hampir 77 juta tan bahan buangan.

Tuesday, September 21, 2010

Cloth diapers di taska – boleh ke?





Papa & Mama,


Ada keluhan dari seorang sahabat yang telah membeli clothdiapers (CD) dan menyukai kualiti serta penjimatan yang diperoleh. Katanya, beliau cuma pakaikan bayi dengan CD semasa beliau sendiri ada di rumah (pada waktu malam dan waktu cuti sahaja) kerana pengasuh enggan memakaikan bayi dengan CD.


Saya percaya ini juga merupakan kebimbangan ramai papa dan mama di luar sana kan? Hati terasa ingin nak mencuba sesuatu yang dah terbukti kebaikannya tetapi bimbang menyusahkan caregivers. Pelbagai masalah yang mengganggu fikiran, contohnya bimbang menyusahkan atuk dan nenek yang menjaga anak kita, atau pengasuh enggan mengendalikan CD kerana sibuk. Malah tidak hairan juga sekiranya ada taska yang menolak sekiranya kita nyatakan yang kita mahu bayi kita dipakaikan CD.


Anda tidak keseorangan dalam masalah ini. Walaupun sebenarnya CD telah diterima secara meluas di seluruh dunia termasuk di negara-negara barat, masih ada yang kurang faham atau skeptikal tentang pengendaliannya. Di antara faktor utama berlaku sebegini ialah kerana mereka tidak pernah melihat sendiri CD dan kurang pendedahan terhadap bagaimana CD dikendalikan. Mungkin terbayang di fikiran mereka bahawa pengendaliannya leceh seperti lampin kain zaman dahulu kala (ingat kan? Lampin dulu-dulu yang perlukan pin besar, pelapik plastik, perlu ditukar sejam sekali dan ada kemungkinan “khazanah” di sebalik lampin tercicir keluar jika bayi terlampau aktif!).


Jangan salahkan mereka. Biasalah tu, tak kenal maka tak cinta. Belum cuba belum tahu. Apa yang papa dan mama perlu buat? Kami kongsikan tips berguna:

1. Pertama sekali ialah tunjukkan bagaimana rupanya CD dan jelaskan bagaimana ia berfungsi dan dikendalikan. Mereka akan faham sebenarnya pengendaliannya semudah lampin pakai buang.

2. Jelaskan juga bahawa:

· Mereka tidak perlu cuci CD tersebut kerana anda bawa sekali wet bag yang kalis air/bau untuk menyimpan CD kotor yang akan anda bawa pulang semasa mengambil anak dari taska.

· Jika anda menggunakan disposable liner, anda bekalkan disposable liner yang boleh dipam terus ke dalam tandas bersama najis bayi. Selepas itu CD boleh terus digulung dan disimpan ke dalam wet bag.

· Sekiranya mereka tidak selesa untuk keluar/masuk kan insert dari poket CD, anda akan sediakan CD secukupnya agar mereka boleh tukar CD seperti menukar lampin pakai buang biasa.

· Anda akan sediakan CD yang sudah siap dilaraskan dan dimasukkan insert supaya mereka menukar CD semudah menukar lampin pakai buang.

· Mereka tidak perlu tukar terlalu kerap (memadai 3-4 jam sekali) melainkan jika bayi membuang najis.

3. Atau anda katakan sahaja kepada mereka bahawa anak anda alah kepada lampin pakai buang (memang benar pun ramai bayi yang alah lampin pakai buang). Mereka tentu memahaminya.


Salam hormat...


Tuesday, June 15, 2010

Penggunaan CD - Practice makes perfect!!

Baby Zahra bergaya dengan CD Sneazy Minky corak Rose Pink


Baby Zahra tidur lena memakai CD Sneazy Minky corak Moo Moo Cow


Baby Zahra berpakaian sedondon dengan abangnya Musa, menggayakan CD Coolababy warna Jasmine Green


Alhamdulillah anak kami yang kedua, baby Zahra selamat lahir pada 10 Mei yang lalu. Sebelum kelahirannya kami telah menyediakan 10 set CD untuk kegunaan si comel. Pengalaman sebelum ini, anak sulung kami Musa mula memakai CD sejak berusia setahun lapan bulan. Tidak lama selepas itu Musa pun berjaya dalam latihan ke tandas (potty training) yang mengambil masa tidak sampai sebulan, yang saya yakin banyak dibantu oleh pemakaian CD. Seperti dalam catatan saya sebelum ini, CD boleh membantu mempercepatkan tempoh potty training kerana realiti penggunaan CD itu sendiri yang tidaklah kering sepanjang masa.

Pengalaman kali ini agak berbeza memandangkan Zahra dipakaikan CD seawal minggu kedua selepas lahir. Pada mulanya kelam kabut juga kerana belum biasa dengan jadual "pembuangan" Zahra dan pelarasan saiz CD untuk baby kecil. Alhamdulillah selepas trial and error seminggu penggunaan CD lebih lancar. Pada hari2 biasa, siang hari Zahra menggunakan 2-3 CD dan sebelah malam 1 CD sebelum masuk tidur. Oleh sebab saya nak tidur lena dalam tempoh berpantang ni, sebelum tidur saya pakaikan Zahra lampin pakai buang. Insyaallah nanti bila dah betul2 cergas dan sihat, saya akan gunakan sepenuhnya CD yang ada.

Tips dari saya:

1. Periksa CD setiap 2-3 jam dan tukar insert jika perlu. Bayi yang menyusu ibu sepenuhnya biasanya akan ada 5-8 lampin basah dan 2-3 lampin kotor setiap hari.

2. Setiap kali memaikan bayi CD atau menukar insert, jangan lupa letakkan nappy liner di atas CD untuk menambahkan lagi keselesaan bayi (kekal kering lebih lama).

3. Penggunaan nappy liner juga membantu memudahkan lagi mencuci CD yang kotor.


Sampai di sini dulu buat kali ini, saya akan kongsikan lagi tips2 dan pengalaman dengan anda semua dari semasa ke semasa. Jangan lupa berkongsi blog kami dengan rakan-rakan dan saudara-mara anda. Semoga informasi bermanfaat dapat kita kongsi bersama.

Reduce waste, go green!!


Wednesday, April 28, 2010

CD lebih jimat!


Mari kita bandingkan berapa banyak yang anda boleh jimat dengan penggunaan CD, berbanding lampin pakai buang.

Kos lampin pakai buang (untuk seorang anak sahaja):

RM 1.00/keping x 6 keping/hari = RM 6.00
RM 6.00/hari x 365 hari/tahun = RM 2190.00/tahun
RM 2190.00/tahun x 3 tahun = RM 6570.00

**Cuba anda bayangkan apa yang boleh dibelikan untuk si manja anda dengan RM6570.00?


Kos CD (dengan mengambil kira harga CD termahal, harga CD pula tertakluk kepada jenis):

RM 48/helai x 10 helai = RM 480
RM 48/helai x 20 helai = RM 960

Dan lampin yang sama boleh digunakan untuk anak-anak seterusnya. Seorang bayi memerlukan lebih kurang 10 CD sepanjang 3 tahun.


Apakah Cloth Diapers (CD)?


Lampin kain moden atau cloth diapers (CD) merupakan lampin yang diperbuat sepenuhnya daripada kain berkualiti. Bahagian luar CD diperbuat daripada fabrik polyurathane laminate (PUL) yang kalis air, manakala pelapik dalamnya diperbuat daripada fabrik microfleece. Bahagian yang menyerap air kencik bayi ialah pelapik putih disebut sebagai insert, yang diperbuat daripada fabrik mikrofiber, buluh atau hemp. Oleh itu, si manja anda akan merasa kering dan selesa setiap kali menggunakannya dalam tempoh 3-4 jam.


Material CD tahan lama dan CD yang sama boleh digunakan untuk anak yang seterusnya. Anda cuma perlu mencuci dan mengeringkannya dan seterusnya ia boleh dipakai berulangkali. Setiap CD mempunyai butang boleh laras bagi pelbagai saiz bayi sama ada S, M, atau L (3-13 kg). Oleh itu, CD yang sama boleh dipakai oleh bayi yang baru lahir sehinggalah si manja berusia lebih kurang 3 tahun.

Satu lagi berita baik, penggunaan CD mampu membantu mempercepatkan proses latihan si manja ke tandas berbanding anak yang menggunakan lampin pakai buang. Ini kerana CD lebih bersifat 'realistik' kerana anak akan merasa basah sekiranya CD tidak ditukar untuk jangkamasa lama. Lampin pakai buang pula mempunyai gel serapan kimia yang menyebabkan anak sentiasa merasa kering biarpun telah lama dipakai.

Material CD sukar untuk bertahi lalat walaupun direndam lama. Selain itu, CD tidak akan bocor, kecuali jika tidak mendapat basuhan awal (prewash) secukupnya (ini akan diterangkan lebih lanjut dalam artikel kaedah penjagaan CD) atau pemakaian CD dengan saiz yang tidak sesuai. Oleh itu amat penting untuk melaraskan saiz CD agar benar-benar sesuai dengan paha si manja semasa memakainya.


Cloth Diapers (CD) lebih mudah, selamat dan jimat!


Selama ini bayi anda mungkin bergantung sepenuhnya kepada lampin pakai buang. Lampin kain tradisional kurang sesuai digunakan pada zaman serba maju dan pantas ini kerana pengurusannya yang agak melecehkan.

Namun demikian sedarkah anda bahawa penggunaan lampin pakai buang untuk jangka masa panjang memberikan impak yang kurang baik kepada si comel anda, ekonomi keluarga dan alam sekitar yang bakal diwarisi anak-anak kita? Ini berdasarkan fakta-fakta berikut:

  • pendedahan bahan kimia dalam lampin pakai buang kepada si comel untuk jangka masa 2-3 tahun meningkat risiko pelbagai penyakit (akan dibincangkan dalam artikel-artikel akan datang)
  • kos yang tinggi untuk membeli lampin pakai buang (mungkin anda tidak pernah mengiranya tetapi percayakah anda ia menjangkau RM6000 untuk seorang anak bagi tempoh 3 tahun?)
  • lampin pakai buang mencemarkan alam sekitar kerana pembuatannya menggunakan banyak menggunakan sumber asli dan ia juga meningkatkan longgokan sampah sarap di tapak pelupusan sampah dan sistem penyaliran air.
Lampin kain moden atau cloth diapers (CD) merupakan lampin alternatif yang selamat, mudah dan menjimatkan untuk dipakai oleh si comel anda. Tiada pendedahan bahan kimia yang keterlaluan kerana keseluruhan materialnya diperbuat daripada kain.

Ia juga jimat dari segi kewangan bagi pasangan yang mempunyai lebih dari seorang anak yang sedang memakai lampin. Dan yang paling penting, ia praktikal bagi ibu bapa berkerjaya kerana mudah dikendalikan.