Doa Bersyukur

“Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh”. (Q.S. An-Naml : 19)

Wednesday, April 28, 2010

Apakah Cloth Diapers (CD)?


Lampin kain moden atau cloth diapers (CD) merupakan lampin yang diperbuat sepenuhnya daripada kain berkualiti. Bahagian luar CD diperbuat daripada fabrik polyurathane laminate (PUL) yang kalis air, manakala pelapik dalamnya diperbuat daripada fabrik microfleece. Bahagian yang menyerap air kencik bayi ialah pelapik putih disebut sebagai insert, yang diperbuat daripada fabrik mikrofiber, buluh atau hemp. Oleh itu, si manja anda akan merasa kering dan selesa setiap kali menggunakannya dalam tempoh 3-4 jam.


Material CD tahan lama dan CD yang sama boleh digunakan untuk anak yang seterusnya. Anda cuma perlu mencuci dan mengeringkannya dan seterusnya ia boleh dipakai berulangkali. Setiap CD mempunyai butang boleh laras bagi pelbagai saiz bayi sama ada S, M, atau L (3-13 kg). Oleh itu, CD yang sama boleh dipakai oleh bayi yang baru lahir sehinggalah si manja berusia lebih kurang 3 tahun.

Satu lagi berita baik, penggunaan CD mampu membantu mempercepatkan proses latihan si manja ke tandas berbanding anak yang menggunakan lampin pakai buang. Ini kerana CD lebih bersifat 'realistik' kerana anak akan merasa basah sekiranya CD tidak ditukar untuk jangkamasa lama. Lampin pakai buang pula mempunyai gel serapan kimia yang menyebabkan anak sentiasa merasa kering biarpun telah lama dipakai.

Material CD sukar untuk bertahi lalat walaupun direndam lama. Selain itu, CD tidak akan bocor, kecuali jika tidak mendapat basuhan awal (prewash) secukupnya (ini akan diterangkan lebih lanjut dalam artikel kaedah penjagaan CD) atau pemakaian CD dengan saiz yang tidak sesuai. Oleh itu amat penting untuk melaraskan saiz CD agar benar-benar sesuai dengan paha si manja semasa memakainya.


No comments:

Post a Comment