PANDUAN CLOTH DIAPERS (CD)
Borneo Clothdiapers
http://borneocd.blogspot.com
http://borneocd.blogspot.com
contoh CD cover
contoh insert/pelapik
Basuhan Awal (pre-wash):
1. Basuh dahulu CD dan insert yang pertama kali hendak digunakan (pre-wash) sekurang-kurangnya sebanyak 2-3 kali (WAJIB).
2. Jangan diberus.
3. Basuh menggunakan sedikit sahaja sabun.
4. Lebih baik jika guna sabun yang kurang buih, tidak mengandungi enzim pewangi atau pemutih kerana sesetengah kulit bayi sangat sensitif.
5. Bilas, perah, jemur hingga kering.
Cara Pemakaian CD Poket:
1. Masukkan insert ke dalam poket CD.
2. Insert yang diperbuat dari microfiber (mf) tidak boleh diletakkan secara langsung ke kulit bayi kerana kuasa serapannya yang kuat boleh menghilangkan lembapan semulajadi pada kulit bayi, yang boleh mengakibatkan ruam.
3. Pastikan insert ditolak kemas ke hadapan poket, terutamanya bagi bayi lelaki.
4. 1 insert boleh digunakan 4 jam atau 4 kali basahan (sama seperti lampin pakai buang (DD)).
5. Bagi bayi heavy wetter (kencing banyak), boleh dimasukkan 2 insert ke dalam poket atau tukar CD lebih kerap (2-3 jam sekali).
6. Walaupun kebanyakan lapisan dalam CD akan kekal kering, anda dinasihatkan memakai CD+insert ini sekali sahaja sebelum menukarnya bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria dan ruam lampin jika terlalu lama dipakai.
Membasuh CD:
1. Sebelum dibasuh, keluarkan insert dari poket CD.
2. Sekiranya tiada najis, bilas dan terus basuh.
3. Sekiranya ada najis, buang dahulu ke dalam mangkuk tandas dengan menggunakan pancuran air dan bilas sebelum dibasuh bersama CD lain.
4. Kesan kekuningan pada CD biasanya ini akan hilang sendiri bila CD telah dijemur kering di bawah cahaya matahari.
5. Boleh basuh menggunakan tangan atau mesin basuh.
6. Jika menggunakan mesin basuh, lebih baik dimasukkan ke dalam laundry net untuk menjaga ketahanan CD.
7. Kurangkan sukatan sabun (1/4 dari biasa), atau lebihkan bilasan air.
8. Jangan masukkan softener (contohnya softlan) atau peluntur (contohnya Clorox) kerana softener boleh mengurangkan daya serapan CD dan peluntur boleh merosakkan CD/insert.
9. Jika tidak sempat terus membasuh CD, tinggalkan sahaja dalam baldi kering tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian.
Penjagaan insert:
1. Jika sudah lama menggunakan insert dan ia nampak kekuningan, jangan gunakan peluntur untuk memutihkannya.
1. Boleh gunakan perahan limau nipis pada insert yang basah dan ditinggalkan seketika sebelum dibasuh.
2. Boleh juga membuat strip washing.
2. Jika insert sudah dipakai lama adakalanya ia akan menjadi sedikit keras dan kurang serapan. Ini disebabkan detergent build. Cara mengembalikan prestasi insert:
1. Rebus insert menggunakan air sahaja ATAU
2. Masukkan semua insert ke dalam baldi, curahkan air panas. Kacau dan biarkan direndam seketika. Kemudian cuci menggunakan air sahaja sebelum dijemur.
Strip washing (buat bila perlu SAHAJA, 2-6 bulan sekali):
1. Sekiranya berlaku kebocoran pada CD setelah beberapa lama menggunakannya, kemungkinan berlaku detergent build pada CD dan insert.
2. Lakukan strip washing iaitu dengan salah satu cara berikut:
1. membersihkan bahagian dalam dan luar lapisan CD dengan sabun basuh pinggan cecair yang elok kuasa tanggal minyaknya (contohnya sunlight), kemudian dibilas bersih. ATAU
2. dengan memasukkan cuka dan soda bikarbonat dalam basuhan CD. Guna hanya satu sudu kecil soda bikarbonat dan satu makan cuka untuk basuhan 5 kg. Pastikan basuhan anda adalah bersih, tanpa kesan sabun yang tertinggal.
3. Tujuannya supaya CD dapat berfungsi dengan baik apabila detergent build (mendakan sabun basuh) pada fabrik dapat ditanggalkan dan mengembalikan kuasa serapannya.
4. Biasanya apabila CD sudah kurang menyerap dan sering berlaku kebocoran dari bahagian tepi CD, ini bermakna strip washing perlu dilakukan untuk menanggalkan kekotoran halus yang mungkin terperangkap pada rongga fabrik.
5. Namun, strip washing dengan memasukkan cuka dan soda bikarbonat dalam basuhan adalah disarankan dibuat SEMINIMUM MUNGKIN iaitu 2-6 bulan sekali.
6. Terlalu kerap membuat strip washing boleh memendekkan jangka hayat CD.
Masalah membasuh CD:
1. Masalah najis: bahagian lapisan dalam CD berwarna kuning/kehitaman boleh diselesaikan dengan menggosok sedikit sabun atau biarkan beberapa kali basuhan dan dijemur di bawah cahaya matahari terik. Kesan tersebut akan hilang.
2. Geli dengan najis anak: boleh diselesaikan dengan penggunaan bio-degradable liner (boleh di “flush” dalam tandas).
Tips memulakan penggunaan CD:
1. Beli CD secara berdikit-dikit dengan mengambil kira pendapat mereka yang berpengalaman dan ulasan produk. Pelbagaikan jenama. Harga yang murah/mahal tidak menjamin kualiti CD, jadi lebih elok bertanya kepada yang telah ada pengalaman ber-CD.
2. Selang-selikan dahulu dengan penggunaan lampin pakai buang (DD) sehinggalah koleksi CD anda mencukupi untuk kegunaan anak anda sepenuhnya.
3. Jika berkemampuan, lebih baik beli lebih sedikit bilangan CD agar CD lebih tahan lama dan tidak cepat lusuh kerana terlalu kerap dibasuh.
4. Membasuh CD menggunakan sabun basuh organic atau pencuci khas pakaian bayi adalah lebih baik, kerana sesetengah bayi sensitif kepada bahan-bahan kimia dalam pencuci biasa.
5. Jika anak anda mengalami ruam lampin semasa memakai CD, mungkin disebabkan perkara berikut:
1. basuhan kurang bersih: penyelesaiannya ialah bilasan yang bersih dan jemuran yang kering.
2. pemakaian CD terlalu lama: penyelesaiannya tukar CD sekurang-kurangnya setiap 4 jam. Lagi kerap lagi baik.
3. bayi anda alah terhadap polyster (microfleece juga sejenis polyster): penyelesaiannya bayi anda boleh gunakan CD dari jenis fabric buluh (bamboo) atau kapas (cotton).
4. bayi mengalami cirit-birit: penyelesaiannya lap bayi kering-kering selepas membasuh najisnya, anginkan seketika kemudian baru pakaikan CD. Lebihkan kekerapan menukar CD. Dalam keadaan ini pemakaian CD bamboo amat baik sekali bagi merawat ruam lampin tersebut.
Contoh jadual penggunaan CD:
- 7 am -10am : 1 helai CD+ 1 insert
- 10 am – 1 pm : 1 helai CD+ 1 insert
- 1 pm – 4 pm : 1 helai CD+ 1 insert
- 4 pm – 7 pm : 1 helai CD+ 1 insert
- 7 pm – 12 am : 1 helai CD+ 2 insert
- 12 am – 7 am : 1 helai CD+ 2 insert
****************************************************************
Cara penggunaan dan pengendalian CD adalah semudah ABC. Di sini kami ingin berkongsi cara pemakaian dan penjagaan CD.
Nota: Kerumitan pemakaian biasanya hanya pada minggu pertama kerana kurang pengalaman. Dari semasa ke semasa anda tentu semakin mahir mengendalikannya. Malah pengasuh, papa, atok dan nenek kini pun boleh melampin dengan mudah.
Melaraskan CD:
Pelarasan CD cuma perlu dibuat sekali selama mana bayi masih menggunakan saiz tersebut. Ini kerana CD yang siap dilaraskan tersebut tidak mengganggu kebersihan basuhan. Ia juga tidak mengganggu kelancaran memasukkan insert ke dalam poket CD.
Pembahagian saiz adalah seperti berikut:
1. Saiz S: 3-6 kg
2. Saiz M: 5-10 kg
3. Saiz L: 8-13 kg
Perhatikan kedudukan butang pensaizan yang membezakan saiz S, M atau L bagi CD.
Cara melaraskan ditunjukkan seperti di bawah. Dalam contoh ini, pelarasan ialah untuk saiz M (berat bayi 5-10 kg).
Basuhan sebelum penggunaan CD (Pre-wash):
- Basuh sekurang-kurangnya 3 kali sebelum digunakan buat pertama kali, tanpa menggunakan sabun.
- Kurangnya pre-wash boleh menyebabkan CD kurang serap air dan boleh akibatkan kebocoran.
- Semakin banyak basuhan, semakin baik kadar penyerapan air oleh CD.
- Jika membasuh menggunakan tangan, gunakan lebih air.
- Sebaik-baiknya jemur di bawah panas matahari.
- Jangan guna bahan peluntur atau pelembut.
Cara melampinkan bayi:
Masa diperlukan lebih kurang 2 minit (practice makes perfect!). Kalau nak lebih pantas, semasa melipat CD setiap hari, terus masukkan insert (dan nappy liner jika suka) sekali.
1. Di sebelah kiri gambar ialah insert, di sebelah kanan ialah CD.
2. Masukkan insert ke dalam poket CD.
3. Untuk kekeringan lebih lama boleh masukkan 2 insert sekaligus (sesuai semasa bayi tidur malam). Siang seeloknya pakai 1 insert agar bayi lebih selesa bergerak.
4. Pastikan insert dimasukkan dengan sempurna agar tidak berlaku kebocoran melalui tepi CD. 1 insert boleh menampung air kencing 3-4 jam.
5. Jika suka, alaskan dengan nappy liner agar lebih mudah mencuci CD dari najis bayi. Walaubagaimanapun, sebenarnya bayi selalunya lebih selesa tanpa nappy liner.
6. Perhatikan nappy liner diletakkan di atas lapisan CD.
7. Pasangkan CD seperti lampin pakai buang biasa.
8. Kemaskan kiri dan kanan CD mengikut keselesaan bayi.
9. Butangkan kiri dan kanan CD.
10. Butangkan kiri dan kanan CD.
11. Bayi siap dilampinkan dengan CD.
Cara membasuh CD selepas digunakan:
- Buang semua najis ke dalam mangkuk tandas, bilas sehingga hilang bau dan rendamkan di dalam baldi berisi air.
- Keluarkan insert dari CD sebelum dibasuh.
- Masukkan kesemua CD ke dalam mesin basuh.
- Gunakan sabun basuh yang tidak mengandungi bahan peluntur mahupun pelembut. Sebaiknya gunakan minimum sahaja sabun basuh (separuh dari sukatan biasa).
- Untuk menjamin jangka hayat CD anda, gunakan 'laundry net' semasa membasuh CD dalam mesin.
- Untuk basuhan tangan, bilas dengan air sebersihnya untuk memastikan CD benar-benar bebas sabun basuh.
- Keringkan CD sama ada di bawah kipas atas cahaya matahari.
- Cahaya matahari lebih baik untuk CD anda kerana ia boleh menghilangkan kesan kotoran pada CD.
Penyimpanan sementara CD kotor:
Anda hanya perlukan CD bag/wet bag untuk menyimpan CD kotor buat sementara sekiranya keluar rumah bersama-sama bayi. CD bag/wet bag adalah kalis air dan kalis bau. Ia juga mempunyai tali pemegang. Caranya menyimpan CD kotor mudah sahaja. Sekiranya di rumah, simpan saja CD kotor di dalam baldi bertutup. Jangan direndam ya. Boleh merosakkan CD.
1. Gulungkan CD kotor ke atas
2. Lipat bahagian kiri dan kanan CD ke atas gulungan
3. Butangkan
4. Masukkan ke dalam CD bag/wet bag
Melampinkan bayi semasa keluar rumah:
CD bag juga boleh digunakan sebagai alas membaringkan bayi.
*************************************************************************