Doa Bersyukur

“Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh”. (Q.S. An-Naml : 19)

Sunday, November 27, 2011

BAGAIMANA HENDAK MULA BER CD (POCKET CD) - HOW TO START CLOTH DIAPERING WITH POCKET CD

Contoh wet bag


Contoh insert (kiri) dan CD poket (kanan)


Contoh lampin flat/prefold




BAGAIMANA HENDAK MULA BER CD (POCKET CD)


Seperti mana yang kita tahu, berhijrah kepada penggunaan cloth diaper (CD) adalah salah satu perkara terbaik yang kita boleh buat untuk anak-anak, ekonomi keluarga dan juga alam sekitar.

Kali ini, saya ingin kongsikan tips untuk mula ber CD. Tips ini adalah untuk seorang anak, jika anda ingin mula dengan CD one-size jenis POKET (kegemaran saya!). Saya suka CD poket kerana:

1. Banyak pilihan jenama dan harga ekonomi di pasaran.

2. Senang dicuci dan cepat kering.

3. Versatile – boleh digunakan dengan insert dimasukkan dalam poket atau sebagai cover jika guna lampin/prefold.

4. Senang nak sesuaikan untuk kegunaan siang/malam. Ada option nak guna 1 atau 2 insert.

5. Senang kerana tak perlu snappy.

Di saat mula ber CD dulu saya pun ada macam-macam tanda soal dalam kepala, dan ber CD secara try and error sahaja. Saya percaya, bukan saya seorang sahaja yang begini. Untuk melihat soalan-soalan biasa berkenaan CD, sila klik di sini.

Syukurlah saya tidak putus asa masa tu – kalau tidak, tidak lah saya di sini berkongsi pengalaman dengan anda. Mari kita lihat apa yang perlu dibuat agar ibu bapa boleh memulakan proses ber CD dengan lebih lancar.


Persediaan Awal:

Pengendali perlu membuat sedikit bacaan atau belajar daripada mereka yang sudah biasa berCD untuk mendapatkan sedikit ilmu berkenaan pengendaliannya.

Tanpa ilmu, pengendalian boleh jadi sukar dan mengecewakan – dan akhirnya boleh menyebabkan anda putus asa!

Untuk panduan ringkas berkenaan CD, klik di sini.


Anda Perlukan:

1. Pocket CD

· Jika membasuh setiap hari, boleh mula dengan 10 – 15 keping

· Jika membasuh 2 hari sekali, saya cadangkan mula dengan 20-25 keping.

Jika ada kurang 10 keping CD, boleh;

· beli beberapa keping lebih insert + washable nappy liner, ATAU

· beli sedozen lampin tradisional atau prefold, ATAU

· mula secara guna campur dengan disposable diaper (DD).

2. Sabun basuh yang sesuai

Sebaiknya jenis cecair; tanpa enzim, peluntur atau pelembut fabrik.

3. Laundry net

Untuk menjaga jangka hayat CD, eloklah ada laundry net agar CD tidak rosak walaupun dicuci menggunakan mesin basuh.

4. Baldi CD (dry pail)

Ini tempat penyimpanan sementara CD kotor sebelum dibasuh. Kalau hendak mencuci selang 2-3 hari, eloklah baldi bertutup agar semerbak “harum” tidak tersebar ke serata rumah :)

5. Wet Bag

Wet bag memang direka untuk kalir air/bau, serta boleh dibasuh dan diulang pakai. Gunanya untuk penyimpanan sementara CD kotor sekiranya keluar rumah (outing).

Jika tiada, buat sementara waktu boleh simpan dalam plastik. Namun demikian, suka saya ingatkan kita sedang cuba mengurangkan penggunaan plastik demi alam sekitar kan?

6. Kesabaran

Pengalaman pertama kali ber CD mungkin berlainan bagi setiap pengendali. Oleh itu, berikan diri anda peluang dan masa untuk menyesuaikan diri sehingga semuanya berjalan lancar.


Tips Lain:

1. Sebaiknya jangan beli terlalu banyak dari satu jenama sahaja. Cuba sedikit bagi setiap jenama untuk menentukan kesesuaian dengan anak.

2. Cuba CD dari pelbagai jenis fabrik “inner” nya (contohnya microfleece/soft suede/bamboo dan sebagainya).

3. Mulakan percubaan pertama ber CD pada hujung minggu atau ketika anda cuti. Jika berlaku kebocoran atau masalah lain, sekurang-kurangnya anda boleh bertenang lagi.

4. Jangan lupa pre-wash CD baru anda dahulu sekurang-kurangnya 3 kali sebelum digunakan. Ada sesetengah CD/prefold perlu dicuci 5-6 kali untuk memastikan daya serapan yang baik. Semak arahan pengeluar CD.

5. Sekiranya anda bermula dengan CD preloved/terpakai, jangan lupa strip wash dahulu sebelum pertama kali digunakan. Untuk panduan strip washing, sila klik di sini.

6. Membaca jambatan ilmu – rajin-rajinlah membaca dan membuat carian maklumat berkenaan CD di internet.


Akhir kata, kelam kabut untuk 1-2 minggu itu perkara biasa sekiranya kita kurang pengetahuan dan pengalaman ber CD. Tapi percayalah, susah payah itu memang berbaloi nanti sehinggakan anda tidak akan mahu lagi menoleh ke belakang kepada DD lagi! (Jika tak percaya, sila klik di sini.

Kebaikan CD: Anak sihat, wang jimat, alam sekitar pun selamat (+1001 kebaikan lain)

Keburukan CD: Orang yang tidak memahami CD.

Selamat ber CD!

No comments:

Post a Comment