Doa Bersyukur

“Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh”. (Q.S. An-Naml : 19)

Sunday, November 20, 2011

TIPS BER CD UNTUK IBU SIBUK

Ini contoh cara menyidai CD. Saya biasanya sidai guna penyangkut jenis payung.



Sebahagian koleksi CD Zahra - tak termasuk yang belum basuh, yang bersidai dan yang dalam beg outing :)


Sebahagian koleksi CD Baby Haidar


Tips BerCD untuk Ibu Sibuk.

Tips berCD untuk ibu sibuk – itu sekadar tajuk penyedap bahasa saja :) Sebenarnya kali ini saya nak kongsikan pengalaman berCD sebagai seorang pemalas hehe. Dengan ikhlas saya akui saya memang ibu yang malas. Dulu saya ada pembantu di rumah, semua kerja rumah selesai tanpa campur tangan saya. Saya berCD.

Sekarang saya tiada pembantu lagi – rumah hanya disapu seminggu sekali, dapur berasap seminggu sekali (itupun kalau bernasib baik!), baju digantung terus dalam almari tanpa dibalikkan, sanggup pakai baju2 yang sama setiap minggu asalkan tak perlu gosok baju, longkang dan kipas dan sawang dan porch sebulan sekali je cuci. Siapa boleh lawan kemalasan saya, sila angkat tangan! Dan ya, saya masih berCD.

Dalam malas-malas tu, saya agak mesra alam (salah satu sebab suami jatuh cinta pada saya!). Mungkinkah sebab saya lulusan bidang Kejuruteraan Alam Sekitar? Agaknya lah – saya sedar kepentingan 3R (reuse, reduce, recycle), saya juga tahu banyak berkenaan masalah penimbunan sisa pepejal sama ada di Malaysia atau di seluruh dunia, serta masalah menanganinya. Seperti yang saya pernah kongsikan dulu, secara purata setiap bayi akan menukar lampin sebanyak 8,000 kali sementara mereka belum selesai latihan ke tandas. Itu baru seorang bayi, belum lagi kita kira berapa populasi bayi di negara kita!

Itu sebab utama saya bertukar kepada CD 2 tahun lepas. Sebelum itu saya tidak tahu kewujudannya, dan langsung tidak pernah fikir ada alternatif selain lampin pakai buang. Nak pakai lampin tradisional leceh pula – seperti yang saya katakan tadi, saya memang pemalas!

Tapi bila saya dapat tahu kewujudan suatu benda bernama CD dari sebuah majalah keibu-bapaan kegemaran saya, dengan hati terbuka saya mula mencari informasi berkenaan CD di internet, seterusnya mendapatkan 5 keping CD yang pertama untuk anak sulung saya (ketika itu 1 tahun 8 bulan) yang sedang potty training. Pada masa itu, saya rasa langkah ruginya saya kerana baru tahu kewujudan CD! Kenapa? Kerana dah banyak membazir pasal saya ni terlalu suka tukar DD anak (sehari 7-8 kali!). Tak pasal-pasal jadi saudara syaitan sebab membazir.

Itu cerita lama. Sekarang dah 3 orang anak saya berCD. Saya dah tak tau berapa harga DD di pasaran, dan dah tak tahu apa saiz yang nak dibeli. Lagipun berCD memang “make sense” untuk saya sekarang. Pasal dalam kecemasan, adik boleh pinjam CD kakak, kakak boleh pinjam CD adik. Kalau DD, mana boleh pinjam-pinjam pasal saiz tak sama hehe.

Saya kongsikan rutin berCD saya (sebelum anak ketiga lahir. Semasa artikel ni ditulis, baby saya tu baru je berusia 28 hari) untuk panduan kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan saya. Ada yang boleh ikut, ada yang tak boleh ikut. Terpulanglah kepada situasi dan kesesuaian ya!

Pagi:

1. Packing Bakul Taska: Lepas subuh saya akan packing bakul taska anak yang berumur 18 bulan. Biasanya saya bekalkan 6 keping CD poket yang dah siap dimasukkan insert, dan sehelai wet bag. Selagi ada stok CD jenis velcro dan pull up pants, saya utamakan jenis itu untuk dibekalkan. Almaklumlah anak saya dah mula aktif, seboleh-bolehnya saya nak bantu mudahkan pihak taska mengendalikan CD anak saya.

2. CD kotor malam tadi? Biarkan dulu dalam baldi kosong. Tak payah rendam. Balik kerja petang nanti saya cuci.

Petang:

1. Wetbag dari taska dibongkar, khazanah CD kotor dikeluarkan. Masukkan dalam mesin basuh. Pastikan insert dikeluarkan dari poket CD dulu. Jangan lupa masukkan sekali CD kotor malam tadi dalam mesin basuh.

2. CD ber”poo”: saya suka bilas CD ber”poo” siap-siap selepas sahaja menukar CD anak. Sebab saya malas guna nappy liner. Bagi yang rajin guna nappy liner lagi bagus, sebab lagi mudah nak urus poo anak. Disposable nappy liner boleh buang terus. Washable nappy liner pula terlalu senang dicuci! Jirus air je semua kotoran tanggal.

3. Ok, dah siap masuk mesin basuh, biar mesin tu tolong cucikan semua CD kita.

4. Menyidai CD: Saya sidai CD cover di penyangkut baju jenis payung (yang biasa kita guna untuk sidai baju baby n baju kecik). Tak payah sepit-sepit, jimat ruang.

5. Menyidai insert: Insert pula saya sidai di penyangkut baju yang banyak penyepit (macam gambar) – jimat ruang n senang kering. Jangan sidai rapat-rapat sangat, nanti lambat kering.

Lain-lain style saya:

1. Basuh 2 hari sekali. Tak perlu rendam, campak saja dalam baldi bertutup atau wet bag.

2. Lipat CD bila dah bertimbun je, atau bila dah takde lagi stok CD yang dah siap lipat.

3. Strip wash CD 4-6 bulan sekali.

4. Kalau ada CD ber”poo” yang masih ada stain walaupun dah cuci dan jemur? Saya bagi anak pakai je CD tu di rumah hehe, kalau di taska malulah saya nanti (saya tau CD tu tak najis, cuma stain je tak hilang), lepas dia pakai baru cuci lagi dan jemur lagi.

5. Simpan banyak stok CD supaya boleh bermalas-malas.

6. Kalau dah banyak hari hujan, saya hantar CD yang dah siap basuh untuk drying di kedai dobi.

7. Bila malas masuk insert dalam poket, baiklah ada banyak stok CD All-in-one.

Saya fikir kalau ibu-ibu di luar sana masih dapat bertahan handle pinggan dan basuh baju (kalau tidak memang kita pakai pinggan dan baju pakai buang je), rasanya nak handle CD bukanlah satu masalah besar sangat kan? Selamat mencuba!


3 comments:

  1. saye nak angkat tgn sbb saye lebih malas daripada akak.. LIKE LIKE LIKE.. cara kite memang sebijik sama lah.. huahuahuahua.. cuma 1 je beza, saye tak sangkut baju dlm almari, dibiarkan saje tanpa lipat.. agak2 kalau anak menyorok dalam tu sampai xleh cari, baru lah lipat.. hehe.. sampaikan kene perli dgn suami, "wah, tak payah buke almari.. amik fresh je dari bakul..'" hahaha...

    kdg2 saye pelik, saye masih mampu uruskan CD.. memasak rajin sikit dari akak.. 4-5 kali gk seminggu.. cuma, skarang rajin mop lantai sbb anak asik tumpahkan makanan je.. huhu.. balik kerja uruskan susu pam lagi.. memang penat, tapi puas hati bile dpt fully BF n berCD..

    pasal CD yg still ade stain tu, cara kite sama lah kak.. bile saye bace post akak memang saye senyum sorang2, sambil berkata, "ada jugak org sama dgn aku.." memang malu nak hantar CD anak yg tak brapa nak hilang stain, nanti ape org kate.. kesudahnya, pakai ajo kt umah..


    ni baru anak sorang.. tahun depan twin lahir, lagi pengsan nak uruskan rumah, EBM n CDs..

    nway, selamat berkenalan kak..

    ReplyDelete
  2. anienmz,
    Thanks so much for reading my entry..tahniah pasal dalam malas2 tu masih bf anak. n tahniah juga insyallah akan dapat twin! mudah-mudahan semuanya dipermudahkan Allah.

    Tugas sebagai ibu memang tak mudah, tapi kita kena tau apa yang penting n apa yg kurang penting dalam urusan rumah tangga. kalau tidak, pengsan! lipat baju tak lah penting sangat hehe.

    Mudah-mudahan suami kita terus supportive dan saling membantu dalam urusan rumahtangga. Barulah best bila dua-dua mendapat ganjaran pahal dari Allah swt!

    Lain kali jenguk blog akak lagi ye!

    ReplyDelete
  3. ada idea tak camana nak hilangkan stain?? dan.. bau yang tak berapa nak sedap tuh..?

    ReplyDelete