Doa Bersyukur

“Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh”. (Q.S. An-Naml : 19)

Wednesday, April 28, 2010

Cloth Diapers (CD) lebih mudah, selamat dan jimat!


Selama ini bayi anda mungkin bergantung sepenuhnya kepada lampin pakai buang. Lampin kain tradisional kurang sesuai digunakan pada zaman serba maju dan pantas ini kerana pengurusannya yang agak melecehkan.

Namun demikian sedarkah anda bahawa penggunaan lampin pakai buang untuk jangka masa panjang memberikan impak yang kurang baik kepada si comel anda, ekonomi keluarga dan alam sekitar yang bakal diwarisi anak-anak kita? Ini berdasarkan fakta-fakta berikut:

  • pendedahan bahan kimia dalam lampin pakai buang kepada si comel untuk jangka masa 2-3 tahun meningkat risiko pelbagai penyakit (akan dibincangkan dalam artikel-artikel akan datang)
  • kos yang tinggi untuk membeli lampin pakai buang (mungkin anda tidak pernah mengiranya tetapi percayakah anda ia menjangkau RM6000 untuk seorang anak bagi tempoh 3 tahun?)
  • lampin pakai buang mencemarkan alam sekitar kerana pembuatannya menggunakan banyak menggunakan sumber asli dan ia juga meningkatkan longgokan sampah sarap di tapak pelupusan sampah dan sistem penyaliran air.
Lampin kain moden atau cloth diapers (CD) merupakan lampin alternatif yang selamat, mudah dan menjimatkan untuk dipakai oleh si comel anda. Tiada pendedahan bahan kimia yang keterlaluan kerana keseluruhan materialnya diperbuat daripada kain.

Ia juga jimat dari segi kewangan bagi pasangan yang mempunyai lebih dari seorang anak yang sedang memakai lampin. Dan yang paling penting, ia praktikal bagi ibu bapa berkerjaya kerana mudah dikendalikan.



No comments:

Post a Comment