Doa Bersyukur

“Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh”. (Q.S. An-Naml : 19)

Tuesday, September 21, 2010

Cloth diapers di taska – boleh ke?





Papa & Mama,


Ada keluhan dari seorang sahabat yang telah membeli clothdiapers (CD) dan menyukai kualiti serta penjimatan yang diperoleh. Katanya, beliau cuma pakaikan bayi dengan CD semasa beliau sendiri ada di rumah (pada waktu malam dan waktu cuti sahaja) kerana pengasuh enggan memakaikan bayi dengan CD.


Saya percaya ini juga merupakan kebimbangan ramai papa dan mama di luar sana kan? Hati terasa ingin nak mencuba sesuatu yang dah terbukti kebaikannya tetapi bimbang menyusahkan caregivers. Pelbagai masalah yang mengganggu fikiran, contohnya bimbang menyusahkan atuk dan nenek yang menjaga anak kita, atau pengasuh enggan mengendalikan CD kerana sibuk. Malah tidak hairan juga sekiranya ada taska yang menolak sekiranya kita nyatakan yang kita mahu bayi kita dipakaikan CD.


Anda tidak keseorangan dalam masalah ini. Walaupun sebenarnya CD telah diterima secara meluas di seluruh dunia termasuk di negara-negara barat, masih ada yang kurang faham atau skeptikal tentang pengendaliannya. Di antara faktor utama berlaku sebegini ialah kerana mereka tidak pernah melihat sendiri CD dan kurang pendedahan terhadap bagaimana CD dikendalikan. Mungkin terbayang di fikiran mereka bahawa pengendaliannya leceh seperti lampin kain zaman dahulu kala (ingat kan? Lampin dulu-dulu yang perlukan pin besar, pelapik plastik, perlu ditukar sejam sekali dan ada kemungkinan “khazanah” di sebalik lampin tercicir keluar jika bayi terlampau aktif!).


Jangan salahkan mereka. Biasalah tu, tak kenal maka tak cinta. Belum cuba belum tahu. Apa yang papa dan mama perlu buat? Kami kongsikan tips berguna:

1. Pertama sekali ialah tunjukkan bagaimana rupanya CD dan jelaskan bagaimana ia berfungsi dan dikendalikan. Mereka akan faham sebenarnya pengendaliannya semudah lampin pakai buang.

2. Jelaskan juga bahawa:

· Mereka tidak perlu cuci CD tersebut kerana anda bawa sekali wet bag yang kalis air/bau untuk menyimpan CD kotor yang akan anda bawa pulang semasa mengambil anak dari taska.

· Jika anda menggunakan disposable liner, anda bekalkan disposable liner yang boleh dipam terus ke dalam tandas bersama najis bayi. Selepas itu CD boleh terus digulung dan disimpan ke dalam wet bag.

· Sekiranya mereka tidak selesa untuk keluar/masuk kan insert dari poket CD, anda akan sediakan CD secukupnya agar mereka boleh tukar CD seperti menukar lampin pakai buang biasa.

· Anda akan sediakan CD yang sudah siap dilaraskan dan dimasukkan insert supaya mereka menukar CD semudah menukar lampin pakai buang.

· Mereka tidak perlu tukar terlalu kerap (memadai 3-4 jam sekali) melainkan jika bayi membuang najis.

3. Atau anda katakan sahaja kepada mereka bahawa anak anda alah kepada lampin pakai buang (memang benar pun ramai bayi yang alah lampin pakai buang). Mereka tentu memahaminya.


Salam hormat...


No comments:

Post a Comment