Doa Bersyukur

“Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh”. (Q.S. An-Naml : 19)

Sunday, August 14, 2011

Informasi untuk Newbies on Cloth Diapers


Tentang Cloth Diaper (CD)


Apa itu CD?
Lampin kain moden yang mudah dikendalikan, sesuai untuk ibu moden, menjimatkan dan lebih sihat untuk bayi dan alam sekitar.

Cara membuat basuhan awal (pre-wash):
    Basuh dahulu CD dan insert yang pertama kali hendak digunakan (pre-wash) sebanyak 2-3 kali. Jangan diberus.Basuh menggunakan sedikit sahaja sabun. Lebih baik jika guna sabun yang kurang buih, tidak mengandungi enzim pewangi atau pemutih kerana sesetengah kulit bayi sangat sensitif. Bilas, perah, jemur hingga kering.
Cara pemakaian:
  1. Masukkan insert ke dalam poket CD.
  2. Insert yang diperbuat dari microfiber (mf) tidak boleh diletakkan secara langsung ke kulit bayi kerana kuasa serapannya yang kuat boleh menghilangkan lembapan semulajadi pada kulit bayi, yang boleh mengakibatkan ruam.
  3.  Pastikan insert ditolak kemas ke hadapan poket, terutamanya bagi bayi lelaki.
  4. 1 insert boleh digunakan 4 jam atau 4 kali basahan (sama seperti lampin pakai buang (DD)).
  5.  Bagi bayi heavy wetter (kencing banyak), boleh dimasukkan 2 insert ke dalam poket.
  6.  Walaupun kebanyakan lapisan dalam CD akan kekal kering, anda dinasihatkan memakai CD+insert ini sekali sahaja sebelum menukarnya bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria dan ruam lampin jika terlalu lama dipakai.
1. Cara membasuh selepas dipakai:
  1. Sebelum dibasuh, keluarkan insert dari poket CD.
  2. Sekiranya tiada najis, bilas dan terus basuh.
  3. Sekiranya tiada najis, buang dahulu ke dalam mangkuk tandas dengan menggunakan pancuran air dan bilas sebelum dibasuh bersama CD lain.
  4. Untuk hilangkan kesan kekuningan najis pada CD, boleh gunakan “sunlight”. Namun kebiasaannya, kesan kekuningan ini akan hilang sendiri bila CD telah dijemur kering di bawah cahaya matahari.
  5. Boleh basuh menggunakan tangan atau mesin basuh.
  6. Jika menggunakan mesin basuh, lebih baik dimasukkan ke dalam laundry net untuk menjaga ketahanan CD.
  7. Kurangkan sukatan sabun (1/4 dari biasa), atau lebihkan bilasan air.
  8. Jangan masukkan softener (contohnya softlan) atau peluntur (contohnya Clorox) kerana softener boleh mengurangkan daya serapan CD dan peluntur boleh merosakkan CD/insert.
  9. Jika tidak sempat terus membasuh CD, tinggalkan sahaja dalam baldi keirng tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian.
Penjagaan insert:
  1. Jika sudah lama menggunakan insert dan ia nampak kekuningan, jangan gunakan peluntur untuk memutihkannya. Boleh gunakan perahan limau nipis pada insert yang basah dan ditinggalkan seketika sebelum dibasuh.
  2. Ataupun boleh buat strip-washing: dicampurkan dengan sedikit soda bikabornat semasa membasuh kemudian dibilas dengan air yang dicampurkan sedikit cuka makan. Jangan dibuat pada CD kerana boleh merosakkan lapisan kalis airnya (PUL) dan menyebabkan kebocoran CD.
Stripping/strip washing (buat bila perlu SAHAJA):
  1. Sebulan sekali (atau mengikut keperluan), lakukan stripping iaitu dengan membersihkan bahagian dalam dan luar lapisan microfleece dengan sabun basuh pinggan cecair yang elok kuasa tanggal minyaknya (contohnya sunlight), kemudian dibilas bersih.
  2. Tujuannya supaya microfleece dapat berfungsi dengan baik apabila detergent build (mendakan sabun basuh) pada fabric dapat ditanggalkan dan mengembalikan kuasa serapannya.
  3.  Biasanya apabila CD sudah kurang menyerap dan sering berlaku kebocoran dari bahagian tepi CD, ini bermakna stripping perlu dilakukan untuk menanggalkan kekotoran halus yang mungkin terperangkap pada rongga fabrik.
  4. Namun, strip washing dengan memasukkan cuka dan soda bikarbonat dalam basuhan adalah disarankan dibuat seminimum mungkin iaitu 2-6 bulan sekali, kerana terlalu kerap membuat strip washing boleh memendekkan jangka hayat CD. Guna hanya satu sudu kecil soda bikarbonat dan satu makan cuka untuk basuhan 5 kg. Dan pastikan basuhan anda adalah bersih, tanpa kesan sabun yang tertinggal.
Masalah membasuh CD:
  1.  Masalah najis: bahagian lapisan dalam CD berwarna kuning/kehitaman boleh diselesaikan dengan menggosok sedikit sabun atau biarkan beberapa kali basuhan dan dijemur di bawah cahaya matahari terik. Kesan tersebut akan hilang.
  2. Geli dengan najis anak: boleh diselesaikan dengan penggunaan bio-degradable liner (boleh di “flush” dalam tandas).
Tips memulakan penggunaan CD:
  1. Beli CD secara berdikit-dikit dengan mengambil kira pendapat mereka yang berpengalaman dan ulasan produk. Pelbagaikan jenama. Harga yang murah/mahal tidak menjamin kualiti CD, jadi lebih elok bertanya kepada yang telah ada pengalaman ber-CD.
  2. Selang-selikan dahulu dengan penggunaan lampin pakai buang (DD) sehinggalah koleksi CD anda mencukupi untuk kegunaan anak anda sepenuhnya.
  3. Jika berkemampuan, lebih baik beli lebih sedikit bilangan CD agar CD lebih tahan lama dan tidak cepat lusuh kerana terlalu kerap dibasuh.
  4. Membasuh CD menggunakan sabun basuh organic atau pencuci khas pakaian bayi adalah lebih baik, kerana sesetengah bayi sensitive kepada bahan-bahan kimia dalam pencuci biasa.
  5. Jika anak anda mengalami ruam lampin semasa memakai CD, mungkin disebabkan perkara berikut:
· basuhan kurang bersih: penyelesaiannya ialah bilasan yang bersih dan jemuran yang kering
· bayi dibiarkan memakai CD melebihi 4 jam: penyelesaiannya tukar CD setiap 4 jam
· bayi anda alah terhadap polyster (microfleece juga sejenis polyster): penyelesaiannya bayi anda boleh gunakan CD dari jenis fabric buluh (bamboo) atau kapas (cotton).
· Bayi mengalami cirit-birit: penyelesaiannya lap bayi kering-kering selepas membasuh najisnya, anginkan seketika kemudian baru pakaikan CD.

Contoh jadual penggunaan CD:
  • 7 am -10am : 1 helai CD+ 1 insert
  • 10 am – 1 pm : 1 helai CD+ 1 insert
  • 1 pm – 4 pm : 1 helai CD+ 1 insert
  • 4 pm – 7 pm : 1 helai CD+ 1 insert
  • 7 pm – 12 am : 1 helai CD+ 2 insert
  • 12 am – 7 am : 1 helai CD+ 2 insert

No comments:

Post a Comment