Doa Bersyukur

“Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh”. (Q.S. An-Naml : 19)

Wednesday, April 28, 2010

CD lebih jimat!


Mari kita bandingkan berapa banyak yang anda boleh jimat dengan penggunaan CD, berbanding lampin pakai buang.

Kos lampin pakai buang (untuk seorang anak sahaja):

RM 1.00/keping x 6 keping/hari = RM 6.00
RM 6.00/hari x 365 hari/tahun = RM 2190.00/tahun
RM 2190.00/tahun x 3 tahun = RM 6570.00

**Cuba anda bayangkan apa yang boleh dibelikan untuk si manja anda dengan RM6570.00?


Kos CD (dengan mengambil kira harga CD termahal, harga CD pula tertakluk kepada jenis):

RM 48/helai x 10 helai = RM 480
RM 48/helai x 20 helai = RM 960

Dan lampin yang sama boleh digunakan untuk anak-anak seterusnya. Seorang bayi memerlukan lebih kurang 10 CD sepanjang 3 tahun.


Apakah Cloth Diapers (CD)?


Lampin kain moden atau cloth diapers (CD) merupakan lampin yang diperbuat sepenuhnya daripada kain berkualiti. Bahagian luar CD diperbuat daripada fabrik polyurathane laminate (PUL) yang kalis air, manakala pelapik dalamnya diperbuat daripada fabrik microfleece. Bahagian yang menyerap air kencik bayi ialah pelapik putih disebut sebagai insert, yang diperbuat daripada fabrik mikrofiber, buluh atau hemp. Oleh itu, si manja anda akan merasa kering dan selesa setiap kali menggunakannya dalam tempoh 3-4 jam.


Material CD tahan lama dan CD yang sama boleh digunakan untuk anak yang seterusnya. Anda cuma perlu mencuci dan mengeringkannya dan seterusnya ia boleh dipakai berulangkali. Setiap CD mempunyai butang boleh laras bagi pelbagai saiz bayi sama ada S, M, atau L (3-13 kg). Oleh itu, CD yang sama boleh dipakai oleh bayi yang baru lahir sehinggalah si manja berusia lebih kurang 3 tahun.

Satu lagi berita baik, penggunaan CD mampu membantu mempercepatkan proses latihan si manja ke tandas berbanding anak yang menggunakan lampin pakai buang. Ini kerana CD lebih bersifat 'realistik' kerana anak akan merasa basah sekiranya CD tidak ditukar untuk jangkamasa lama. Lampin pakai buang pula mempunyai gel serapan kimia yang menyebabkan anak sentiasa merasa kering biarpun telah lama dipakai.

Material CD sukar untuk bertahi lalat walaupun direndam lama. Selain itu, CD tidak akan bocor, kecuali jika tidak mendapat basuhan awal (prewash) secukupnya (ini akan diterangkan lebih lanjut dalam artikel kaedah penjagaan CD) atau pemakaian CD dengan saiz yang tidak sesuai. Oleh itu amat penting untuk melaraskan saiz CD agar benar-benar sesuai dengan paha si manja semasa memakainya.


Cloth Diapers (CD) lebih mudah, selamat dan jimat!


Selama ini bayi anda mungkin bergantung sepenuhnya kepada lampin pakai buang. Lampin kain tradisional kurang sesuai digunakan pada zaman serba maju dan pantas ini kerana pengurusannya yang agak melecehkan.

Namun demikian sedarkah anda bahawa penggunaan lampin pakai buang untuk jangka masa panjang memberikan impak yang kurang baik kepada si comel anda, ekonomi keluarga dan alam sekitar yang bakal diwarisi anak-anak kita? Ini berdasarkan fakta-fakta berikut:

  • pendedahan bahan kimia dalam lampin pakai buang kepada si comel untuk jangka masa 2-3 tahun meningkat risiko pelbagai penyakit (akan dibincangkan dalam artikel-artikel akan datang)
  • kos yang tinggi untuk membeli lampin pakai buang (mungkin anda tidak pernah mengiranya tetapi percayakah anda ia menjangkau RM6000 untuk seorang anak bagi tempoh 3 tahun?)
  • lampin pakai buang mencemarkan alam sekitar kerana pembuatannya menggunakan banyak menggunakan sumber asli dan ia juga meningkatkan longgokan sampah sarap di tapak pelupusan sampah dan sistem penyaliran air.
Lampin kain moden atau cloth diapers (CD) merupakan lampin alternatif yang selamat, mudah dan menjimatkan untuk dipakai oleh si comel anda. Tiada pendedahan bahan kimia yang keterlaluan kerana keseluruhan materialnya diperbuat daripada kain.

Ia juga jimat dari segi kewangan bagi pasangan yang mempunyai lebih dari seorang anak yang sedang memakai lampin. Dan yang paling penting, ia praktikal bagi ibu bapa berkerjaya kerana mudah dikendalikan.