Doa Bersyukur

“Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh”. (Q.S. An-Naml : 19)

Monday, January 3, 2011

Selamat Datang 2011



Para pelanggan yang dihargai,

2010 telah meninggalkan kita dengan seribu kenangan suka duka dan pahit manis. Begitulah kehidupan, tanpa disedari setiap detik yang berlalu membawa kita ke era baru. Bagi saya sendiri, pejam celik pejam celik, puteri tersayang Zahra telahpun menginjak usia 8 bulan. Si kecil kian aktif dan ceria dengan aktiviti sehariannya, peka dengan keadaan sekelilingnya dan sudah mula pandai meluahkan perasaannya melalui ekspresi wajah.

Seiring perkembangan itu, kerja-kerja melampin kini semakin mencabar. Apa tidaknya, apabila dibaringkan untuk ditukar lampin, si kecil dah pandai meliuk lentok ke kiri ke kanan macam ulat beluncas yang comel..hehe. Jadi kali ini ingin saya kongsikan sedikit tips (yang saya dapat melalui pengalaman, pembacaan dan perkongsian oleh "blogging moms" di luar sana) melampin dengan clothdiaper atau lampin kain moden untuk bayi yang aktif:

1. Sebelum melampin, siapkan alas baring bayi. Jangan lupa tisu basah dan keperluan lain, sekiranya perlu.

2. Pastikan clothdiaper siap dlaraskan dan dipasangkan insert sebelum membaringkan bayi.

3. Sediakan mainan kegemaran bayi agar dia sibuk dengannya semasa melampin. Kalau ada baby gym atau permainan bergantung pun elok juga.

4. Di waktu ini, clothdiaper jenis velcro paling berguna. Dalam beberapa saat boleh siap melampin.

5. Kalau gunakan clothdiaper jenis button, butangkan siap-siap (mungkin boleh butangkan longgar sedikit, boleh laras semula kemudian) dan lampinkan bayi dengan cara memasukkan clothdiaper seperti seluar.

6. Bercakap/bergurau dengannya atau menyanyi bersamanya - masa melampin mungkin satu-satunya peluang keemasan untuk anda dan pasangan meluangkan masa berkualiti dengan si kecil.

7. Elakkan melampin bayi ketika "mood" nya kurang baik iaitu semasa dia sedang lapar atau menangis.

Bagaimana, senang kan? Sebenarnya melampin dengan clothdiaper adalah semudah lampin pakai buang. Bagi yang masih belum pasti sama ada hendak bertukar ke clothdiaper atau tidak, bagaimana jika saya katakan clothdiaper boleh membantu anda mencapai azam tahun baru 2011 anda untuk keluarga?

1. Pembangunan ekonomi keluarga: Jimat RM100-200 sebulan, bolehlah digunakan untuk salah satu/beberapa perkara ini - menabung sedikit untuk anak, buka akaun simpanan anak, SSPN, takaful anak, pelan pendidikan anak atau boleh belikan pakaian/buku/permainan untuknya. Paling tidak, lepas juga untuk bayar bil api air kan? Atau kumpulkan sampai hujung tahun, bolehlah pergi bercuti sekeluarga. Jika anda ingin mencari pendapatan tambahan, bolehlah mula pakaikan bayi dengan clothdiaper dan kongsikan kebaikannya dengan orang lain di sekeliling anda.


2. Jimat kos perubatan: tiada lagi masalah ruam lampin. Sejujurnya saya takut tengok beberapa jenama lampin pakai buang murah yang habuk pulpanya boleh nampak dek mata kasar, ada juga yang silica gel terkeluar dari lampin pakai buang dan menyentuh kulit bayi, lapisan plastik di bahagian luar lampin pakai buang tak benarkan kulit bayi bernafas..ruam lampin lah jawabnya. Nak tak nak, gunakan lampin mahal contohnya "Mummy Pokai" (istilah yang baru saya dapat dari seorang sahabat minggu lepas hehe) barulah rasa selamat n selesa untuk bayi, tapi benarkah selamat? Apa sahaja bahan kimia di dalam sekeping lampin pakai buang?Anda boleh buat Google search dan tengok sendiri.

3. Ke arah kesihatan anak dalam jangka masa panjang: Sayangkan anak? Kita berusaha, Tuhan menentukan. Clothdiaper mengelakkan pendedahan berlebihan kepada bahan kimia (contohnya dalam lampin pakai buang) kepada bayi 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 52 minggu setahun.

4. Memberi ruang untuk masa berkualiti dengan anak: Sering sibuk bekerja dan sukar luangkan masa dengan anak?Masa melampin dengan clothdiaper, bercakap-cakaplah dengan si manja anda itu, berguraulah, bermain ba-ba-chak! dengannya, bercerita, menyanyi..biarpun seminit, insyaallah seminit yang berkualiti.

5. Ke arah pemikiran minda kelas pertama: Anda memang kelas pertama jika turut sama berusaha melakukan sesuatu bagi mengurangkan pencemaran bumi milik masa depan anak-anak kita ini. Baru-baru ini Sabtu diisytiharkan hari tanpa plastik di banyak premis perniagaan. Anda pun boleh membantu mengurangkan timbunan sampah dengan penggunaan clothdiaper untuk anak-anak.


Panjang juga saya berceloteh kali ini. Apapun, nantikan next posting saya berkenaan senarai jenama dan harga baru 2011 bagi clothdiaper di butik online kami ini. Alah membeli, menang memakai.

We love clothdiaper!