Nota Penting:
Penggunaan cloth diapers yang betul boleh mengelakkan kebocoran. Pengguna disarankan memberi ruang kepada diri untuk cuba dan jaya berCD untuk 2-3 minggu. kebiasaannya jika ada dapat mengharungi tempoh tersebut dan sering merujuk bila mana terdapat masalah, anda pasti berjaya! Insyaallah dengan kesabaran anda tentu tidak akan berpatah balik lagi kepada disposable diaper.
PUNCA KEBOCORAN CLOTH DIAPERS
Sedap-sedap je dukung baby tiba-tiba terasa basah pula lengan ni. Rupa-rupanya CD bocor! Huhu..kan dah satu hal pula nak tukar CD+pakaian baby dengan baju mak nya pun kena tukar.
Di sini saya kongsikan punca kebocoran CD yang biasa berlaku, untuk panduan penggemar CD semua. Jangan malu-malu komen jika ada penambahan atau jika ada pertanyaan. Untuk kebocoran CD semasa tidur malam nanti saya kongsikan tips dalam post yang akan datang insyaallah.
| PETANDA | PUNCA YANG MUNGKIN | PENYELESAIAN |
1 | Kebocoran di bahagian sisi CD | a) Tidak cukup pre-wash (CD baru) b) Pelarasan saiz CD tidak sesuai c) Detergent build up* d) Penggunaan pelembut fabrik | a) Pre-wash CD baru 3-8 kali b) Guna · sizing button dan wing drop button sebaiknya · CD newborn (bagi newborn) · sized CD (jika suka) c) Strip wash CD** d) Strip wash CD |
2 | Kebocoran menembusi CD cover | a) Anak kerap kencing (heavy wetter) b) Jarang menukar CD c) Insert tidak terletak sempurna d) CD cover tidak kalis air e) CD cover delaminated (lapisan kalis air telah tanggal) | a) Gunakan insert doubler/booster*** b) Tukar CD lebih kerap c) Pastikan · insert terletak rata (bukan bergulung/terlipat) · untuk bayi lelaki atau bayi tidur meniarap lebihkan insert di bahagian depan · untuk bayi perempuan lebihkan insert di bahagian belakang d) gunakan CD cover yang mempunyai lapisan PUL (pengudaraannya baik dan kalis air). |
Nota:
*Detergent build up: liang-liang penyerapan pada insert atau lapisan dalam (inner) CD tersumbat disebabkan oleh penggunaan sabun basuh yang tidak sesuai. Elakkan sama sekali sabun basuh jenis serbuk. Senarai sabun basuh CD di sini http://borneocd.blogspot.com/2011/10/list-cloth-diaper-detergent.html
**Untuk panduan strip washing, sila klik di sini http://borneocd.blogspot.com/2011/02/cara-strip-wash-clothdiapers-buat-2-6.html
***Doubler ialah kaedah meningkatkan kadar dan daya serapan insert dengan gabungan lebih dari 1 jenis insert. Anda boleh cuba jaya sehingga tiada lagi kebocoran berlaku, kerana setiap anak punyai keperluan yang berlainan. Contoh-contoh penggunaan doubler:
2 insert microfiber
1 insert microfiber + 1 insert microfiber
1 insert microfiber + 1 insert bamboo
2 insert bamboo
Booster pula ialah kaedah menggandakan kadar dan daya serapan insert dengan penggunaan doubler dari jenis fabrik yang mempunyai sifat super-serapan (boleh takung basahan lebih banyak dan lebih lama, ada antaranya boleh bertahan sehingga 9 jam). Contohnya insert zorb, hemp dan sebagainya. Harga fabric ini biasanya lebih mahal namun terlalu berbaloi dengan kegunaannya!