Doa Bersyukur
“Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh”. (Q.S. An-Naml : 19)
Sunday, August 14, 2011
Cloth Diaper at Nursery: Pengalaman Sendiri
Informasi untuk Newbies on Cloth Diapers
- Basuh dahulu CD dan insert yang pertama kali hendak digunakan (pre-wash) sebanyak 2-3 kali. Jangan diberus.Basuh menggunakan sedikit sahaja sabun. Lebih baik jika guna sabun yang kurang buih, tidak mengandungi enzim pewangi atau pemutih kerana sesetengah kulit bayi sangat sensitif. Bilas, perah, jemur hingga kering.
- Masukkan insert ke dalam poket CD.
- Insert yang diperbuat dari microfiber (mf) tidak boleh diletakkan secara langsung ke kulit bayi kerana kuasa serapannya yang kuat boleh menghilangkan lembapan semulajadi pada kulit bayi, yang boleh mengakibatkan ruam.
- Pastikan insert ditolak kemas ke hadapan poket, terutamanya bagi bayi lelaki.
- 1 insert boleh digunakan 4 jam atau 4 kali basahan (sama seperti lampin pakai buang (DD)).
- Bagi bayi heavy wetter (kencing banyak), boleh dimasukkan 2 insert ke dalam poket.
- Walaupun kebanyakan lapisan dalam CD akan kekal kering, anda dinasihatkan memakai CD+insert ini sekali sahaja sebelum menukarnya bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria dan ruam lampin jika terlalu lama dipakai.
- Sebelum dibasuh, keluarkan insert dari poket CD.
- Sekiranya tiada najis, bilas dan terus basuh.
- Sekiranya tiada najis, buang dahulu ke dalam mangkuk tandas dengan menggunakan pancuran air dan bilas sebelum dibasuh bersama CD lain.
- Untuk hilangkan kesan kekuningan najis pada CD, boleh gunakan “sunlight”. Namun kebiasaannya, kesan kekuningan ini akan hilang sendiri bila CD telah dijemur kering di bawah cahaya matahari.
- Boleh basuh menggunakan tangan atau mesin basuh.
- Jika menggunakan mesin basuh, lebih baik dimasukkan ke dalam laundry net untuk menjaga ketahanan CD.
- Kurangkan sukatan sabun (1/4 dari biasa), atau lebihkan bilasan air.
- Jangan masukkan softener (contohnya softlan) atau peluntur (contohnya Clorox) kerana softener boleh mengurangkan daya serapan CD dan peluntur boleh merosakkan CD/insert.
- Jika tidak sempat terus membasuh CD, tinggalkan sahaja dalam baldi keirng tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian.
- Jika sudah lama menggunakan insert dan ia nampak kekuningan, jangan gunakan peluntur untuk memutihkannya. Boleh gunakan perahan limau nipis pada insert yang basah dan ditinggalkan seketika sebelum dibasuh.
- Ataupun boleh buat strip-washing: dicampurkan dengan sedikit soda bikabornat semasa membasuh kemudian dibilas dengan air yang dicampurkan sedikit cuka makan. Jangan dibuat pada CD kerana boleh merosakkan lapisan kalis airnya (PUL) dan menyebabkan kebocoran CD.
- Sebulan sekali (atau mengikut keperluan), lakukan stripping iaitu dengan membersihkan bahagian dalam dan luar lapisan microfleece dengan sabun basuh pinggan cecair yang elok kuasa tanggal minyaknya (contohnya sunlight), kemudian dibilas bersih.
- Tujuannya supaya microfleece dapat berfungsi dengan baik apabila detergent build (mendakan sabun basuh) pada fabric dapat ditanggalkan dan mengembalikan kuasa serapannya.
- Biasanya apabila CD sudah kurang menyerap dan sering berlaku kebocoran dari bahagian tepi CD, ini bermakna stripping perlu dilakukan untuk menanggalkan kekotoran halus yang mungkin terperangkap pada rongga fabrik.
- Namun, strip washing dengan memasukkan cuka dan soda bikarbonat dalam basuhan adalah disarankan dibuat seminimum mungkin iaitu 2-6 bulan sekali, kerana terlalu kerap membuat strip washing boleh memendekkan jangka hayat CD. Guna hanya satu sudu kecil soda bikarbonat dan satu makan cuka untuk basuhan 5 kg. Dan pastikan basuhan anda adalah bersih, tanpa kesan sabun yang tertinggal.
- Masalah najis: bahagian lapisan dalam CD berwarna kuning/kehitaman boleh diselesaikan dengan menggosok sedikit sabun atau biarkan beberapa kali basuhan dan dijemur di bawah cahaya matahari terik. Kesan tersebut akan hilang.
- Geli dengan najis anak: boleh diselesaikan dengan penggunaan bio-degradable liner (boleh di “flush” dalam tandas).
- Beli CD secara berdikit-dikit dengan mengambil kira pendapat mereka yang berpengalaman dan ulasan produk. Pelbagaikan jenama. Harga yang murah/mahal tidak menjamin kualiti CD, jadi lebih elok bertanya kepada yang telah ada pengalaman ber-CD.
- Selang-selikan dahulu dengan penggunaan lampin pakai buang (DD) sehinggalah koleksi CD anda mencukupi untuk kegunaan anak anda sepenuhnya.
- Jika berkemampuan, lebih baik beli lebih sedikit bilangan CD agar CD lebih tahan lama dan tidak cepat lusuh kerana terlalu kerap dibasuh.
- Membasuh CD menggunakan sabun basuh organic atau pencuci khas pakaian bayi adalah lebih baik, kerana sesetengah bayi sensitive kepada bahan-bahan kimia dalam pencuci biasa.
- Jika anak anda mengalami ruam lampin semasa memakai CD, mungkin disebabkan perkara berikut:
- 7 am -10am : 1 helai CD+ 1 insert
- 10 am – 1 pm : 1 helai CD+ 1 insert
- 1 pm – 4 pm : 1 helai CD+ 1 insert
- 4 pm – 7 pm : 1 helai CD+ 1 insert
- 7 pm – 12 am : 1 helai CD+ 2 insert
- 12 am – 7 am : 1 helai CD+ 2 insert
Monday, July 11, 2011
DIY Alas lampin kain moden (Cloth diaper cover)



Salam ibu-ibu yang mesra alam di luar sana!
Thursday, May 26, 2011
Wet Bag




SIZE: 27CM X 44CM




Thursday, February 17, 2011
Lampin Kain: Bangga dan Syukur
Assalamualaikum semua,
Nota ni saya tulis (target masa 5 minit sahaja) sementara berehat sebentar dari pekerjaan agar boleh berfungsi lebih baik selepas ini. Inilah berehat tanpa membuang masa namanya :-)
Sedar tak sedar saya dah 2 tahun setia memakaikan anak dengan lampin kain (CD). Sebab apa saya setia? Kenapa pula saya bangga dan syukur?
1. Dulu sebelum kenal CD, saya spend RM100-200 setiap bulan untuk beli lampin pakai buang (disposables). Jenama murah2 anak tak boleh pakai kerana kulit sensitif..kulitnya nak jenama mcm H**, MP**,D** (sabar je lah). Sekarang saya gunakan RM100 (x 2 anak) tu untuk bayar takaful (pelan pendidikan) anak-anak..
2. Dulu sebelum kenal CD, warna disposables semua nya monotone, membosankan. Sekarang anak pakai CD warna-warni pelbagai corak..paling cantik bila anak perempuan yang pakai dengan gaun, terlampau comel bila nampak CD nya!
3. Sehingga sekarang pun kadang2 saya masih belikan anak disposable juga kalau balik kampung atau travelling jauh2. Yang geramnya, tiap kali beli mesti ada je kerugian. Kalau jenama H tu, selalu dapat 1-3 keping diaper yang takde sebelah velcro wing. Kalau jenama D mesti ada 1,2 yang selotep wing nya terlipat ke diaper sampai tak dapat berfungsi sempurna lagi bila selotep tu ditanggalkan. Beli jenama MP selalunya takde masalah - tapi masih juga rasa membazir dengan harganya yang mahal.
4. Saya jenis ibu yang suka tukar diaper anak. Dulu sebelum kenal CD, memang saya guna banyak keping (dalam 6-9 keping sehari) agar anak selesa dan saya dapat pastikan tak kena rashes. Sekarang saya syukur kerana saya boleh tukar sebanyak mana yang saya mahu sebab takkan membazir pun.
5. Saya perhatikan, anak yang dipakaikan CD lebih senang bersabar n memberi perhatian dengan percakapan kita semasa melampin. Mungkin aktiviti menyalin lampin tu unik dan menjadi "masa berdua-duaan" dengan kita, yang amat dihargai si kecil.
6. Dulu saya tak tahu bagaimana nak menyumbang kepada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana, saya tertanya2 bagaimana saya boleh tolong. Sekarang saya dah tau, saya sering promosikan kepada mereka berkenaan kebaikan penggunaan CD berbanding disposables. Sama saya promosikan kebaikan menyuskan sendiri baby berbanding memberi susu formula. Semoga mendapat pahala..
Ironinya, kebanyakan customers dan return customers adalah wanita2 berpendidikan, berkerjaya dan sibuk. Mungkinkah mereka berfikiran lebih terbuka dan trendy? Tepuk dada, tanya selera!
Jumpa lagi..
Friday, February 11, 2011
Jadilah Follower Kami Sekarang!
Monday, February 7, 2011
Cara strip wash Clothdiapers (buat 2-6 bulan sekali):

1) sediakan sebaldi air suam + 1 sudu besar cuka + 1 sudu besar bikarbonat.
2) masukkan CD yang bersih dan kering ke dalam baldi tu, rendam semalaman.
3) esok pagi, curahkan semua isi kandungan baldi ke dalam mesin basuh.
4) set mesin untuk "rinse", water level - high.
5) lepas langkah 4 siap, mulakan "wash" tanpa sabun, sampai spin.
6) jemur di matahari panas atau gunakan dryer (moderate temp).
Kini koleksi clothdiapers anda kembali hebat bertenaga dalam serapannya :-)

