Doa Bersyukur

“Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh”. (Q.S. An-Naml : 19)

Showing posts with label taska. Show all posts
Showing posts with label taska. Show all posts

Sunday, August 14, 2011

Cloth Diaper at Nursery: Pengalaman Sendiri


Salam ibu-ibu,

Dulu saya pernah kongsikan tips untuk memudahkan penggunaan CD di taska. Alhamdulillah, akhirnya sampai juga giliran saya menghantar anak ke taska dan merasai sendiri pengalaman ini. Setakat ini semuanya berjalan lancar. Sebelum mendaftarkan anak, saya terangkan lebih awal kepada pihak taska bahawa anak saya akan menggunakan CD sahaja. Alhamdulillah disambut baik oleh pihak taska. Saya amat menghargainya dan berazam untuk mempermudahkan penggunaan CD agar pihak taska tidak rasa putus asa mengendalikannya. Di antara tips nya:

Bekalkan CD secukupnya (7-8 keping), yang siap dilaraskan saiznya, dan siap dimasukkan insert.
Beritahu pihak taska jadual penukaran CD. Saya akan kongsikan di bawah 1 contoh jadual.
Beritahu juga bahawa mereka tidak perlu bilas CD kotor. Boleh terus masukkan ke dalam wet bag atau beg plastik.
Kalau mampu, untuk anak-anak yang dah bebas bergerak dan susah nak duduk diam bila ditukar CD, sediakan CD jenis pull-up pants.
Jangan sesekali bekalkan diposable diaper (DD). Tunjukkan bahawa anda benar-benar konsisten dan serius dalam penggunaan CD.

Adik saya juga ada berkongsi pengalaman beliau:

Pengalaman Ameen minggu pertama di nurseri: pengasuhnya minta dibekalkan disposable diapers sebab claimed that Ameen didn't sleep well because he was uncomfortable using the CD! Oh, I was clothdiapering him for 3 months before and he sleep well and his nappy rash improved... Alhamdulillah, after i told them that Ameen had bad nappy rash due to disposable diaper, they never question that again...
Saya kongsikan contoh jadual penukaran CD:

·     7 am -10am : 1 helai CD+ 1 insert
·          10 am – 1 pm : 1 helai CD+ 1 insert
·          1 pm – 4 pm : 1 helai CD+ 1 insert
·         4 pm – 7 pm : 1 helai CD+ 1 insert
·        7 pm – 12 am : 1 helai CD+ 2 insert
·       12 am – 7 am : 1 helai CD+ 2 insert
        Baru-baru ni saya dapati ada juga ibu-bapa lain mula menggunakan CD di taska tersebut.   Alhamdulillah, dan saya harap tips ini juga berguna untuk rakan-rakan semua :)


  

Tuesday, September 21, 2010

Cloth diapers di taska – boleh ke?





Papa & Mama,


Ada keluhan dari seorang sahabat yang telah membeli clothdiapers (CD) dan menyukai kualiti serta penjimatan yang diperoleh. Katanya, beliau cuma pakaikan bayi dengan CD semasa beliau sendiri ada di rumah (pada waktu malam dan waktu cuti sahaja) kerana pengasuh enggan memakaikan bayi dengan CD.


Saya percaya ini juga merupakan kebimbangan ramai papa dan mama di luar sana kan? Hati terasa ingin nak mencuba sesuatu yang dah terbukti kebaikannya tetapi bimbang menyusahkan caregivers. Pelbagai masalah yang mengganggu fikiran, contohnya bimbang menyusahkan atuk dan nenek yang menjaga anak kita, atau pengasuh enggan mengendalikan CD kerana sibuk. Malah tidak hairan juga sekiranya ada taska yang menolak sekiranya kita nyatakan yang kita mahu bayi kita dipakaikan CD.


Anda tidak keseorangan dalam masalah ini. Walaupun sebenarnya CD telah diterima secara meluas di seluruh dunia termasuk di negara-negara barat, masih ada yang kurang faham atau skeptikal tentang pengendaliannya. Di antara faktor utama berlaku sebegini ialah kerana mereka tidak pernah melihat sendiri CD dan kurang pendedahan terhadap bagaimana CD dikendalikan. Mungkin terbayang di fikiran mereka bahawa pengendaliannya leceh seperti lampin kain zaman dahulu kala (ingat kan? Lampin dulu-dulu yang perlukan pin besar, pelapik plastik, perlu ditukar sejam sekali dan ada kemungkinan “khazanah” di sebalik lampin tercicir keluar jika bayi terlampau aktif!).


Jangan salahkan mereka. Biasalah tu, tak kenal maka tak cinta. Belum cuba belum tahu. Apa yang papa dan mama perlu buat? Kami kongsikan tips berguna:

1. Pertama sekali ialah tunjukkan bagaimana rupanya CD dan jelaskan bagaimana ia berfungsi dan dikendalikan. Mereka akan faham sebenarnya pengendaliannya semudah lampin pakai buang.

2. Jelaskan juga bahawa:

· Mereka tidak perlu cuci CD tersebut kerana anda bawa sekali wet bag yang kalis air/bau untuk menyimpan CD kotor yang akan anda bawa pulang semasa mengambil anak dari taska.

· Jika anda menggunakan disposable liner, anda bekalkan disposable liner yang boleh dipam terus ke dalam tandas bersama najis bayi. Selepas itu CD boleh terus digulung dan disimpan ke dalam wet bag.

· Sekiranya mereka tidak selesa untuk keluar/masuk kan insert dari poket CD, anda akan sediakan CD secukupnya agar mereka boleh tukar CD seperti menukar lampin pakai buang biasa.

· Anda akan sediakan CD yang sudah siap dilaraskan dan dimasukkan insert supaya mereka menukar CD semudah menukar lampin pakai buang.

· Mereka tidak perlu tukar terlalu kerap (memadai 3-4 jam sekali) melainkan jika bayi membuang najis.

3. Atau anda katakan sahaja kepada mereka bahawa anak anda alah kepada lampin pakai buang (memang benar pun ramai bayi yang alah lampin pakai buang). Mereka tentu memahaminya.


Salam hormat...