Doa Bersyukur

“Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh”. (Q.S. An-Naml : 19)

Tuesday, June 15, 2010

Penggunaan CD - Practice makes perfect!!

Baby Zahra bergaya dengan CD Sneazy Minky corak Rose Pink


Baby Zahra tidur lena memakai CD Sneazy Minky corak Moo Moo Cow


Baby Zahra berpakaian sedondon dengan abangnya Musa, menggayakan CD Coolababy warna Jasmine Green


Alhamdulillah anak kami yang kedua, baby Zahra selamat lahir pada 10 Mei yang lalu. Sebelum kelahirannya kami telah menyediakan 10 set CD untuk kegunaan si comel. Pengalaman sebelum ini, anak sulung kami Musa mula memakai CD sejak berusia setahun lapan bulan. Tidak lama selepas itu Musa pun berjaya dalam latihan ke tandas (potty training) yang mengambil masa tidak sampai sebulan, yang saya yakin banyak dibantu oleh pemakaian CD. Seperti dalam catatan saya sebelum ini, CD boleh membantu mempercepatkan tempoh potty training kerana realiti penggunaan CD itu sendiri yang tidaklah kering sepanjang masa.

Pengalaman kali ini agak berbeza memandangkan Zahra dipakaikan CD seawal minggu kedua selepas lahir. Pada mulanya kelam kabut juga kerana belum biasa dengan jadual "pembuangan" Zahra dan pelarasan saiz CD untuk baby kecil. Alhamdulillah selepas trial and error seminggu penggunaan CD lebih lancar. Pada hari2 biasa, siang hari Zahra menggunakan 2-3 CD dan sebelah malam 1 CD sebelum masuk tidur. Oleh sebab saya nak tidur lena dalam tempoh berpantang ni, sebelum tidur saya pakaikan Zahra lampin pakai buang. Insyaallah nanti bila dah betul2 cergas dan sihat, saya akan gunakan sepenuhnya CD yang ada.

Tips dari saya:

1. Periksa CD setiap 2-3 jam dan tukar insert jika perlu. Bayi yang menyusu ibu sepenuhnya biasanya akan ada 5-8 lampin basah dan 2-3 lampin kotor setiap hari.

2. Setiap kali memaikan bayi CD atau menukar insert, jangan lupa letakkan nappy liner di atas CD untuk menambahkan lagi keselesaan bayi (kekal kering lebih lama).

3. Penggunaan nappy liner juga membantu memudahkan lagi mencuci CD yang kotor.


Sampai di sini dulu buat kali ini, saya akan kongsikan lagi tips2 dan pengalaman dengan anda semua dari semasa ke semasa. Jangan lupa berkongsi blog kami dengan rakan-rakan dan saudara-mara anda. Semoga informasi bermanfaat dapat kita kongsi bersama.

Reduce waste, go green!!


Wednesday, April 28, 2010

CD lebih jimat!


Mari kita bandingkan berapa banyak yang anda boleh jimat dengan penggunaan CD, berbanding lampin pakai buang.

Kos lampin pakai buang (untuk seorang anak sahaja):

RM 1.00/keping x 6 keping/hari = RM 6.00
RM 6.00/hari x 365 hari/tahun = RM 2190.00/tahun
RM 2190.00/tahun x 3 tahun = RM 6570.00

**Cuba anda bayangkan apa yang boleh dibelikan untuk si manja anda dengan RM6570.00?


Kos CD (dengan mengambil kira harga CD termahal, harga CD pula tertakluk kepada jenis):

RM 48/helai x 10 helai = RM 480
RM 48/helai x 20 helai = RM 960

Dan lampin yang sama boleh digunakan untuk anak-anak seterusnya. Seorang bayi memerlukan lebih kurang 10 CD sepanjang 3 tahun.


Apakah Cloth Diapers (CD)?


Lampin kain moden atau cloth diapers (CD) merupakan lampin yang diperbuat sepenuhnya daripada kain berkualiti. Bahagian luar CD diperbuat daripada fabrik polyurathane laminate (PUL) yang kalis air, manakala pelapik dalamnya diperbuat daripada fabrik microfleece. Bahagian yang menyerap air kencik bayi ialah pelapik putih disebut sebagai insert, yang diperbuat daripada fabrik mikrofiber, buluh atau hemp. Oleh itu, si manja anda akan merasa kering dan selesa setiap kali menggunakannya dalam tempoh 3-4 jam.


Material CD tahan lama dan CD yang sama boleh digunakan untuk anak yang seterusnya. Anda cuma perlu mencuci dan mengeringkannya dan seterusnya ia boleh dipakai berulangkali. Setiap CD mempunyai butang boleh laras bagi pelbagai saiz bayi sama ada S, M, atau L (3-13 kg). Oleh itu, CD yang sama boleh dipakai oleh bayi yang baru lahir sehinggalah si manja berusia lebih kurang 3 tahun.

Satu lagi berita baik, penggunaan CD mampu membantu mempercepatkan proses latihan si manja ke tandas berbanding anak yang menggunakan lampin pakai buang. Ini kerana CD lebih bersifat 'realistik' kerana anak akan merasa basah sekiranya CD tidak ditukar untuk jangkamasa lama. Lampin pakai buang pula mempunyai gel serapan kimia yang menyebabkan anak sentiasa merasa kering biarpun telah lama dipakai.

Material CD sukar untuk bertahi lalat walaupun direndam lama. Selain itu, CD tidak akan bocor, kecuali jika tidak mendapat basuhan awal (prewash) secukupnya (ini akan diterangkan lebih lanjut dalam artikel kaedah penjagaan CD) atau pemakaian CD dengan saiz yang tidak sesuai. Oleh itu amat penting untuk melaraskan saiz CD agar benar-benar sesuai dengan paha si manja semasa memakainya.


Cloth Diapers (CD) lebih mudah, selamat dan jimat!


Selama ini bayi anda mungkin bergantung sepenuhnya kepada lampin pakai buang. Lampin kain tradisional kurang sesuai digunakan pada zaman serba maju dan pantas ini kerana pengurusannya yang agak melecehkan.

Namun demikian sedarkah anda bahawa penggunaan lampin pakai buang untuk jangka masa panjang memberikan impak yang kurang baik kepada si comel anda, ekonomi keluarga dan alam sekitar yang bakal diwarisi anak-anak kita? Ini berdasarkan fakta-fakta berikut:

  • pendedahan bahan kimia dalam lampin pakai buang kepada si comel untuk jangka masa 2-3 tahun meningkat risiko pelbagai penyakit (akan dibincangkan dalam artikel-artikel akan datang)
  • kos yang tinggi untuk membeli lampin pakai buang (mungkin anda tidak pernah mengiranya tetapi percayakah anda ia menjangkau RM6000 untuk seorang anak bagi tempoh 3 tahun?)
  • lampin pakai buang mencemarkan alam sekitar kerana pembuatannya menggunakan banyak menggunakan sumber asli dan ia juga meningkatkan longgokan sampah sarap di tapak pelupusan sampah dan sistem penyaliran air.
Lampin kain moden atau cloth diapers (CD) merupakan lampin alternatif yang selamat, mudah dan menjimatkan untuk dipakai oleh si comel anda. Tiada pendedahan bahan kimia yang keterlaluan kerana keseluruhan materialnya diperbuat daripada kain.

Ia juga jimat dari segi kewangan bagi pasangan yang mempunyai lebih dari seorang anak yang sedang memakai lampin. Dan yang paling penting, ia praktikal bagi ibu bapa berkerjaya kerana mudah dikendalikan.