Doa Bersyukur

“Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh”. (Q.S. An-Naml : 19)

Sunday, August 14, 2011

Informasi untuk Newbies on Cloth Diapers


Tentang Cloth Diaper (CD)


Apa itu CD?
Lampin kain moden yang mudah dikendalikan, sesuai untuk ibu moden, menjimatkan dan lebih sihat untuk bayi dan alam sekitar.

Cara membuat basuhan awal (pre-wash):
    Basuh dahulu CD dan insert yang pertama kali hendak digunakan (pre-wash) sebanyak 2-3 kali. Jangan diberus.Basuh menggunakan sedikit sahaja sabun. Lebih baik jika guna sabun yang kurang buih, tidak mengandungi enzim pewangi atau pemutih kerana sesetengah kulit bayi sangat sensitif. Bilas, perah, jemur hingga kering.
Cara pemakaian:
  1. Masukkan insert ke dalam poket CD.
  2. Insert yang diperbuat dari microfiber (mf) tidak boleh diletakkan secara langsung ke kulit bayi kerana kuasa serapannya yang kuat boleh menghilangkan lembapan semulajadi pada kulit bayi, yang boleh mengakibatkan ruam.
  3.  Pastikan insert ditolak kemas ke hadapan poket, terutamanya bagi bayi lelaki.
  4. 1 insert boleh digunakan 4 jam atau 4 kali basahan (sama seperti lampin pakai buang (DD)).
  5.  Bagi bayi heavy wetter (kencing banyak), boleh dimasukkan 2 insert ke dalam poket.
  6.  Walaupun kebanyakan lapisan dalam CD akan kekal kering, anda dinasihatkan memakai CD+insert ini sekali sahaja sebelum menukarnya bagi mengelakkan pertumbuhan bakteria dan ruam lampin jika terlalu lama dipakai.
1. Cara membasuh selepas dipakai:
  1. Sebelum dibasuh, keluarkan insert dari poket CD.
  2. Sekiranya tiada najis, bilas dan terus basuh.
  3. Sekiranya tiada najis, buang dahulu ke dalam mangkuk tandas dengan menggunakan pancuran air dan bilas sebelum dibasuh bersama CD lain.
  4. Untuk hilangkan kesan kekuningan najis pada CD, boleh gunakan “sunlight”. Namun kebiasaannya, kesan kekuningan ini akan hilang sendiri bila CD telah dijemur kering di bawah cahaya matahari.
  5. Boleh basuh menggunakan tangan atau mesin basuh.
  6. Jika menggunakan mesin basuh, lebih baik dimasukkan ke dalam laundry net untuk menjaga ketahanan CD.
  7. Kurangkan sukatan sabun (1/4 dari biasa), atau lebihkan bilasan air.
  8. Jangan masukkan softener (contohnya softlan) atau peluntur (contohnya Clorox) kerana softener boleh mengurangkan daya serapan CD dan peluntur boleh merosakkan CD/insert.
  9. Jika tidak sempat terus membasuh CD, tinggalkan sahaja dalam baldi keirng tanpa perlu direndam dan boleh dibasuh kemudian.
Penjagaan insert:
  1. Jika sudah lama menggunakan insert dan ia nampak kekuningan, jangan gunakan peluntur untuk memutihkannya. Boleh gunakan perahan limau nipis pada insert yang basah dan ditinggalkan seketika sebelum dibasuh.
  2. Ataupun boleh buat strip-washing: dicampurkan dengan sedikit soda bikabornat semasa membasuh kemudian dibilas dengan air yang dicampurkan sedikit cuka makan. Jangan dibuat pada CD kerana boleh merosakkan lapisan kalis airnya (PUL) dan menyebabkan kebocoran CD.
Stripping/strip washing (buat bila perlu SAHAJA):
  1. Sebulan sekali (atau mengikut keperluan), lakukan stripping iaitu dengan membersihkan bahagian dalam dan luar lapisan microfleece dengan sabun basuh pinggan cecair yang elok kuasa tanggal minyaknya (contohnya sunlight), kemudian dibilas bersih.
  2. Tujuannya supaya microfleece dapat berfungsi dengan baik apabila detergent build (mendakan sabun basuh) pada fabric dapat ditanggalkan dan mengembalikan kuasa serapannya.
  3.  Biasanya apabila CD sudah kurang menyerap dan sering berlaku kebocoran dari bahagian tepi CD, ini bermakna stripping perlu dilakukan untuk menanggalkan kekotoran halus yang mungkin terperangkap pada rongga fabrik.
  4. Namun, strip washing dengan memasukkan cuka dan soda bikarbonat dalam basuhan adalah disarankan dibuat seminimum mungkin iaitu 2-6 bulan sekali, kerana terlalu kerap membuat strip washing boleh memendekkan jangka hayat CD. Guna hanya satu sudu kecil soda bikarbonat dan satu makan cuka untuk basuhan 5 kg. Dan pastikan basuhan anda adalah bersih, tanpa kesan sabun yang tertinggal.
Masalah membasuh CD:
  1.  Masalah najis: bahagian lapisan dalam CD berwarna kuning/kehitaman boleh diselesaikan dengan menggosok sedikit sabun atau biarkan beberapa kali basuhan dan dijemur di bawah cahaya matahari terik. Kesan tersebut akan hilang.
  2. Geli dengan najis anak: boleh diselesaikan dengan penggunaan bio-degradable liner (boleh di “flush” dalam tandas).
Tips memulakan penggunaan CD:
  1. Beli CD secara berdikit-dikit dengan mengambil kira pendapat mereka yang berpengalaman dan ulasan produk. Pelbagaikan jenama. Harga yang murah/mahal tidak menjamin kualiti CD, jadi lebih elok bertanya kepada yang telah ada pengalaman ber-CD.
  2. Selang-selikan dahulu dengan penggunaan lampin pakai buang (DD) sehinggalah koleksi CD anda mencukupi untuk kegunaan anak anda sepenuhnya.
  3. Jika berkemampuan, lebih baik beli lebih sedikit bilangan CD agar CD lebih tahan lama dan tidak cepat lusuh kerana terlalu kerap dibasuh.
  4. Membasuh CD menggunakan sabun basuh organic atau pencuci khas pakaian bayi adalah lebih baik, kerana sesetengah bayi sensitive kepada bahan-bahan kimia dalam pencuci biasa.
  5. Jika anak anda mengalami ruam lampin semasa memakai CD, mungkin disebabkan perkara berikut:
· basuhan kurang bersih: penyelesaiannya ialah bilasan yang bersih dan jemuran yang kering
· bayi dibiarkan memakai CD melebihi 4 jam: penyelesaiannya tukar CD setiap 4 jam
· bayi anda alah terhadap polyster (microfleece juga sejenis polyster): penyelesaiannya bayi anda boleh gunakan CD dari jenis fabric buluh (bamboo) atau kapas (cotton).
· Bayi mengalami cirit-birit: penyelesaiannya lap bayi kering-kering selepas membasuh najisnya, anginkan seketika kemudian baru pakaikan CD.

Contoh jadual penggunaan CD:
  • 7 am -10am : 1 helai CD+ 1 insert
  • 10 am – 1 pm : 1 helai CD+ 1 insert
  • 1 pm – 4 pm : 1 helai CD+ 1 insert
  • 4 pm – 7 pm : 1 helai CD+ 1 insert
  • 7 pm – 12 am : 1 helai CD+ 2 insert
  • 12 am – 7 am : 1 helai CD+ 2 insert

Monday, July 11, 2011

DIY Alas lampin kain moden (Cloth diaper cover)




Salam ibu-ibu yang mesra alam di luar sana!

Maaflah kerana terlalu lama tak mencoret di blog ini..Alasan memang banyak je kalau nak bagi kan? Tapi kali ni kembalinya saya nak berkongsi pengalaman pertama menjahit sendiri CD untuk anak. Alhamdulillah berkat perkongsian pengalaman dengan rakan-rakan lain di Facebook Group: Malaysian Cloth Diapering Parents. Thanks you all, Kudos! Kepada ibu-ibu yang lain yang benar-benar nak tahu kenapa Cloth diapering telah menjadi trend masa kini serta keistimewaannya, silalah menyertai kami di sini :-)

Berbalik kepada perbincangan kita tadi, saya kongsikan bahan-bahan yang saya gunakan untuk menyiapkan handmade CD cover saya yang pertama. Untuk makluman semua, saya gunakan bahan-bahan yang saya boleh dapatkan di kedai-kedai kain tempatan dan berdekatan. Oleh itu ia bukanlah bahan-bahan standard seperti CD yang kita sering beli sebelum ini. Walaubagaimanapun, setelah testing pada anak alhamdulillah kualitinya boleh tahan juga, cuma kena ditukar setiap 2 jam kalau gunakan 1 insert sahaja. Apapun, kosnya amat murah, daripada jumlah kos kain+benang yang tak melebihi RM30, saya berjaya mendapatkan 8 helai CD covers. Berbaloi kan?

Bahan-bahan:

Lapisan luar (outer) - Baldu bercorak/printed velvet
Lapisan luar (inner) - Anti pilling fleece
Getah (saiz kecil)
Benang
Velcro (jika suka)
Diaper Snappies /Diaper Pin (jika suka)
Pattern - Rita's Rump Pocket (available free online from http://handmadebyrita.blogspot.com/ )

Peralatan:
Gunting
Pensel/pen/kapur - ikut suka
Mesin Jahit (jika rajin dan suka, boleh juga jika nak guna jahitan tangan)

Cara Kerja:
1. Print "pattern", gunting dan cantumkan sehingga membentuk pattern yang lengkap.
2. Tiru bentuk pattern ke kain outer dan inner menggunakan pensel.
3. Gunting kain dengan bansi 1/4 atau 1/2 inci dari garisan luar yang dilukis tadi (ikut keselesaan).
4. Jika ingin gunakan diaper snappies/pin, jahit CD cover anda seperti yang ditunjukkan di Youtube ( http://www.youtube.com/watch?v=sh84LK19VNE )
5. Jika ingin gunakan velcro, jahit dulu velcro ke kain outer sebelum mencantumkan secara jahitan kain outer dan inner.
6. Cloth diaper siap. Tahniah!!

Cubalah dan rasai sendiri kegembiraan menyediakan sendiri lampin anak anda! Insyaallah saya akan kongsikan lagi bila saya mencuba menyediakan CD cover menggunakan bahan lain atau snap button kelak! Till then, selamat mencuba dan salam mesra alam..

Borneo Clothdiapers

Thursday, May 26, 2011

Wet Bag



Now it's easier to bring your diapers anywhere with waterproof, odour proof wet bags!


HAPPY FLUTE WETBAG
THERE ARE 20 DESIGNS
SIZE: 40CM X 48CM
PRICE: RM25PER PCS


Coolababy Printed Double Zip Wetbag
Size: 27cm x 38cm
There are 6 printed designs
Price: RM25/pc
Postage: RM8


SUNNY BABY MINKY WET BAG
40 X 48 CM

RM 25/PC
POSTAGE RM8

COOLABABY WET BAG
AVAILABLE COLORS: GREEN, YELLOW, PINK, ORANGE AND MINT
SIZE: 27CM X 44CM
PRICE: RM15/PC
POSTAGE: RM8





CREAM RABBIT

PINK FLOWER

HELLO KITTY


BABYLAND WET BAG

Plain Colour: RM18
Printed: RM20
Postage: RM8





Thursday, February 17, 2011

Lampin Kain: Bangga dan Syukur




Assalamualaikum semua,


Nota ni saya tulis (target masa 5 minit sahaja) sementara berehat sebentar dari pekerjaan agar boleh berfungsi lebih baik selepas ini. Inilah berehat tanpa membuang masa namanya :-)


Sedar tak sedar saya dah 2 tahun setia memakaikan anak dengan lampin kain (CD). Sebab apa saya setia? Kenapa pula saya bangga dan syukur?


1. Dulu sebelum kenal CD, saya spend RM100-200 setiap bulan untuk beli lampin pakai buang (disposables). Jenama murah2 anak tak boleh pakai kerana kulit sensitif..kulitnya nak jenama mcm H**, MP**,D** (sabar je lah). Sekarang saya gunakan RM100 (x 2 anak) tu untuk bayar takaful (pelan pendidikan) anak-anak..


2. Dulu sebelum kenal CD, warna disposables semua nya monotone, membosankan. Sekarang anak pakai CD warna-warni pelbagai corak..paling cantik bila anak perempuan yang pakai dengan gaun, terlampau comel bila nampak CD nya!


3. Sehingga sekarang pun kadang2 saya masih belikan anak disposable juga kalau balik kampung atau travelling jauh2. Yang geramnya, tiap kali beli mesti ada je kerugian. Kalau jenama H tu, selalu dapat 1-3 keping diaper yang takde sebelah velcro wing. Kalau jenama D mesti ada 1,2 yang selotep wing nya terlipat ke diaper sampai tak dapat berfungsi sempurna lagi bila selotep tu ditanggalkan. Beli jenama MP selalunya takde masalah - tapi masih juga rasa membazir dengan harganya yang mahal.


4. Saya jenis ibu yang suka tukar diaper anak. Dulu sebelum kenal CD, memang saya guna banyak keping (dalam 6-9 keping sehari) agar anak selesa dan saya dapat pastikan tak kena rashes. Sekarang saya syukur kerana saya boleh tukar sebanyak mana yang saya mahu sebab takkan membazir pun.


5. Saya perhatikan, anak yang dipakaikan CD lebih senang bersabar n memberi perhatian dengan percakapan kita semasa melampin. Mungkin aktiviti menyalin lampin tu unik dan menjadi "masa berdua-duaan" dengan kita, yang amat dihargai si kecil.


6. Dulu saya tak tahu bagaimana nak menyumbang kepada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana, saya tertanya2 bagaimana saya boleh tolong. Sekarang saya dah tau, saya sering promosikan kepada mereka berkenaan kebaikan penggunaan CD berbanding disposables. Sama saya promosikan kebaikan menyuskan sendiri baby berbanding memberi susu formula. Semoga mendapat pahala..


Ironinya, kebanyakan customers dan return customers adalah wanita2 berpendidikan, berkerjaya dan sibuk. Mungkinkah mereka berfikiran lebih terbuka dan trendy? Tepuk dada, tanya selera!


Jumpa lagi..



Friday, February 11, 2011

Jadilah Follower Kami Sekarang!

Jadilah follower borneocd.blogspot.com mulai hari ini, dan dapatkan clothdiaper pada harga RM20/- sahaja.

Terhad kepada 1 CD/person je ye :-)

Follower ke-1, 20, 50, 80, 100 akan menerima hadiah istimewa!

Tawaran sah sehingga 28 Februari 2011.

Jom sertai kami sekarang!

Monday, February 7, 2011

Cara strip wash Clothdiapers (buat 2-6 bulan sekali):


Cara strip wash Clothdiapers (buat 2-6 bulan sekali):
1) sediakan sebaldi air suam + 1 sudu besar cuka + 1 sudu besar bikarbonat.
2) masukkan CD yang bersih dan kering ke dalam baldi tu, rendam semalaman.
3) esok pagi, curahkan semua isi kandungan baldi ke dalam mesin basuh.
4) set mesin untuk "rinse", water level - high.
5) lepas langkah 4 siap, mulakan "wash" tanpa sabun, sampai spin.
6) jemur di matahari panas atau gunakan dryer (moderate temp).
Kini koleksi clothdiapers anda kembali hebat bertenaga dalam serapannya :-)

Monday, January 3, 2011

Selamat Datang 2011



Para pelanggan yang dihargai,

2010 telah meninggalkan kita dengan seribu kenangan suka duka dan pahit manis. Begitulah kehidupan, tanpa disedari setiap detik yang berlalu membawa kita ke era baru. Bagi saya sendiri, pejam celik pejam celik, puteri tersayang Zahra telahpun menginjak usia 8 bulan. Si kecil kian aktif dan ceria dengan aktiviti sehariannya, peka dengan keadaan sekelilingnya dan sudah mula pandai meluahkan perasaannya melalui ekspresi wajah.

Seiring perkembangan itu, kerja-kerja melampin kini semakin mencabar. Apa tidaknya, apabila dibaringkan untuk ditukar lampin, si kecil dah pandai meliuk lentok ke kiri ke kanan macam ulat beluncas yang comel..hehe. Jadi kali ini ingin saya kongsikan sedikit tips (yang saya dapat melalui pengalaman, pembacaan dan perkongsian oleh "blogging moms" di luar sana) melampin dengan clothdiaper atau lampin kain moden untuk bayi yang aktif:

1. Sebelum melampin, siapkan alas baring bayi. Jangan lupa tisu basah dan keperluan lain, sekiranya perlu.

2. Pastikan clothdiaper siap dlaraskan dan dipasangkan insert sebelum membaringkan bayi.

3. Sediakan mainan kegemaran bayi agar dia sibuk dengannya semasa melampin. Kalau ada baby gym atau permainan bergantung pun elok juga.

4. Di waktu ini, clothdiaper jenis velcro paling berguna. Dalam beberapa saat boleh siap melampin.

5. Kalau gunakan clothdiaper jenis button, butangkan siap-siap (mungkin boleh butangkan longgar sedikit, boleh laras semula kemudian) dan lampinkan bayi dengan cara memasukkan clothdiaper seperti seluar.

6. Bercakap/bergurau dengannya atau menyanyi bersamanya - masa melampin mungkin satu-satunya peluang keemasan untuk anda dan pasangan meluangkan masa berkualiti dengan si kecil.

7. Elakkan melampin bayi ketika "mood" nya kurang baik iaitu semasa dia sedang lapar atau menangis.

Bagaimana, senang kan? Sebenarnya melampin dengan clothdiaper adalah semudah lampin pakai buang. Bagi yang masih belum pasti sama ada hendak bertukar ke clothdiaper atau tidak, bagaimana jika saya katakan clothdiaper boleh membantu anda mencapai azam tahun baru 2011 anda untuk keluarga?

1. Pembangunan ekonomi keluarga: Jimat RM100-200 sebulan, bolehlah digunakan untuk salah satu/beberapa perkara ini - menabung sedikit untuk anak, buka akaun simpanan anak, SSPN, takaful anak, pelan pendidikan anak atau boleh belikan pakaian/buku/permainan untuknya. Paling tidak, lepas juga untuk bayar bil api air kan? Atau kumpulkan sampai hujung tahun, bolehlah pergi bercuti sekeluarga. Jika anda ingin mencari pendapatan tambahan, bolehlah mula pakaikan bayi dengan clothdiaper dan kongsikan kebaikannya dengan orang lain di sekeliling anda.


2. Jimat kos perubatan: tiada lagi masalah ruam lampin. Sejujurnya saya takut tengok beberapa jenama lampin pakai buang murah yang habuk pulpanya boleh nampak dek mata kasar, ada juga yang silica gel terkeluar dari lampin pakai buang dan menyentuh kulit bayi, lapisan plastik di bahagian luar lampin pakai buang tak benarkan kulit bayi bernafas..ruam lampin lah jawabnya. Nak tak nak, gunakan lampin mahal contohnya "Mummy Pokai" (istilah yang baru saya dapat dari seorang sahabat minggu lepas hehe) barulah rasa selamat n selesa untuk bayi, tapi benarkah selamat? Apa sahaja bahan kimia di dalam sekeping lampin pakai buang?Anda boleh buat Google search dan tengok sendiri.

3. Ke arah kesihatan anak dalam jangka masa panjang: Sayangkan anak? Kita berusaha, Tuhan menentukan. Clothdiaper mengelakkan pendedahan berlebihan kepada bahan kimia (contohnya dalam lampin pakai buang) kepada bayi 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 52 minggu setahun.

4. Memberi ruang untuk masa berkualiti dengan anak: Sering sibuk bekerja dan sukar luangkan masa dengan anak?Masa melampin dengan clothdiaper, bercakap-cakaplah dengan si manja anda itu, berguraulah, bermain ba-ba-chak! dengannya, bercerita, menyanyi..biarpun seminit, insyaallah seminit yang berkualiti.

5. Ke arah pemikiran minda kelas pertama: Anda memang kelas pertama jika turut sama berusaha melakukan sesuatu bagi mengurangkan pencemaran bumi milik masa depan anak-anak kita ini. Baru-baru ini Sabtu diisytiharkan hari tanpa plastik di banyak premis perniagaan. Anda pun boleh membantu mengurangkan timbunan sampah dengan penggunaan clothdiaper untuk anak-anak.


Panjang juga saya berceloteh kali ini. Apapun, nantikan next posting saya berkenaan senarai jenama dan harga baru 2011 bagi clothdiaper di butik online kami ini. Alah membeli, menang memakai.

We love clothdiaper!