


Salam ibu-ibu yang mesra alam di luar sana!
“Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh”. (Q.S. An-Naml : 19)











Assalamualaikum semua,
Nota ni saya tulis (target masa 5 minit sahaja) sementara berehat sebentar dari pekerjaan agar boleh berfungsi lebih baik selepas ini. Inilah berehat tanpa membuang masa namanya :-)
Sedar tak sedar saya dah 2 tahun setia memakaikan anak dengan lampin kain (CD). Sebab apa saya setia? Kenapa pula saya bangga dan syukur?
1. Dulu sebelum kenal CD, saya spend RM100-200 setiap bulan untuk beli lampin pakai buang (disposables). Jenama murah2 anak tak boleh pakai kerana kulit sensitif..kulitnya nak jenama mcm H**, MP**,D** (sabar je lah). Sekarang saya gunakan RM100 (x 2 anak) tu untuk bayar takaful (pelan pendidikan) anak-anak..
2. Dulu sebelum kenal CD, warna disposables semua nya monotone, membosankan. Sekarang anak pakai CD warna-warni pelbagai corak..paling cantik bila anak perempuan yang pakai dengan gaun, terlampau comel bila nampak CD nya!
3. Sehingga sekarang pun kadang2 saya masih belikan anak disposable juga kalau balik kampung atau travelling jauh2. Yang geramnya, tiap kali beli mesti ada je kerugian. Kalau jenama H tu, selalu dapat 1-3 keping diaper yang takde sebelah velcro wing. Kalau jenama D mesti ada 1,2 yang selotep wing nya terlipat ke diaper sampai tak dapat berfungsi sempurna lagi bila selotep tu ditanggalkan. Beli jenama MP selalunya takde masalah - tapi masih juga rasa membazir dengan harganya yang mahal.
4. Saya jenis ibu yang suka tukar diaper anak. Dulu sebelum kenal CD, memang saya guna banyak keping (dalam 6-9 keping sehari) agar anak selesa dan saya dapat pastikan tak kena rashes. Sekarang saya syukur kerana saya boleh tukar sebanyak mana yang saya mahu sebab takkan membazir pun.
5. Saya perhatikan, anak yang dipakaikan CD lebih senang bersabar n memberi perhatian dengan percakapan kita semasa melampin. Mungkin aktiviti menyalin lampin tu unik dan menjadi "masa berdua-duaan" dengan kita, yang amat dihargai si kecil.
6. Dulu saya tak tahu bagaimana nak menyumbang kepada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana, saya tertanya2 bagaimana saya boleh tolong. Sekarang saya dah tau, saya sering promosikan kepada mereka berkenaan kebaikan penggunaan CD berbanding disposables. Sama saya promosikan kebaikan menyuskan sendiri baby berbanding memberi susu formula. Semoga mendapat pahala..
Ironinya, kebanyakan customers dan return customers adalah wanita2 berpendidikan, berkerjaya dan sibuk. Mungkinkah mereka berfikiran lebih terbuka dan trendy? Tepuk dada, tanya selera!
Jumpa lagi..

Ibu: Lampin kain?Maaf saya tak berminat. Lecehlah. Nak pin sana sini. Nak kena guna alas plastik lagi. Dalam sehari mungkin kena tukar 10-12 kali agaknya.
Borneo Clothdiapers: Puan, dahulu memang lampin kain ni leceh pengendaliannya. Kena lipat, pin (ibu-ibu pun selalu takut tercucuk pin pada anak) dan alas plastik seperti yang puan cakap tadi. Tapi sekarang, lampin kain moden dah tak begitu lagi. Inovasi dah membuatkannya semakin “simple” dan mudah dikendalikan.
I: Tapi saya ni bekerja dan rasanya tidak ada masa lebih untuk basuh-membasuh lampin.
BCD: Jangan risau, lampin kain moden tak perlu diberus atau disental. Malah boleh masukkan terus ke dalam mesin basuh.
I: Tak kotor ke mesin basuh?
BCD: Mesin basuh memang direka untuk membasuh baju kotor. Mesin basuh moden membilas pakaian 2-3 kali pusingan. Insyaallah tidak timbul masalah kotoran.
I: Rasa kurang selesa nak campurkan lampin kotor dengan pakaian lain dalam mesin basuh.
BCD: Jika tidak mahu membilas sendiri, boleh cuci berasingan. Jika ingin cuci bersama pakaian lain, boleh rendam terlebih dahulu lampin kotor, bilas dan perah, kemudian masukkan ke dalam mesin basuh bersama pakaian lain.
I: Bukan kah basuh membasuh ini akan jadikan bil elektrik dan air melambung tinggi?
BCD: Mungkin naik sedikit, tetapi masih jauh lebih murah berbanding kos keseluruhan lampin pakai buang.
I: Tapi kotoran di lampin bayi tu perlu dibilas sendiri lah ye? Saya tidak dapat bayangkan macam mana nak buangkan kotoran bayi dari lampin. Maaf, saya rasa tak lalu..
BCD: Kalau pakai lampin pakai buang pun sama je Puan. Setiap ibu bapa akan bersihkan kotoran anaknya juga. Bila anak dah mula latihan ke tandas tetapi belum pandai uruskan diri, ibu bapa pun perlu bersihkan kotoran anak juga kan?
I: Tapi 3 tahun tu jangkamasa yang lama untuk membilas lampin kotor.
BCD: Sebenarnya kanak-kanak yang memakai lampin lebih cepat mahir ke tandas berbanding kanak-kanak yang memakai lampin pakai buang. Walaupun menurut pakar kebanyakan kanak-kanak boleh mula dilatih ke tandas mulai umur 18bulan, ada anak yang memakai lampin kain selesai latihan ke tandas pada umur 15 bulan!
I: Kenapa begitu ya?
BCD: Sebab mereka tidak rasa kering sepenuhnya (seperti lampin pakai buang) pada setiap masa.
I: Bukan kah kebasahan tu nanti kurang sihat untuk anak? Nanti ruam lampin pula.
BCD: Bukan basah Puan, tetapi sedikit kelembapan yang berlaku bila insert telah penuh. Namun mengikut rekod kami, lampin kain moden tidak menyebabkan ruam lampin kerana fabrik fleece atau bamboo charcoal di lapisan dalam lampin membenarkan perolakan udara panas keluar dari lampin. Malah, lampin pakai buang yang banyak menimbulkan masalah ruam lampin ini, termasuk beberapa jenama terkemuka yang sudah tentu mengandungi pelbagai bahan kimia berbahaya.
I: Masih tak boleh terima bab-bab cuci lampin kotor. Lagipun nanti menyusahkan atuk nenek yang jaga bayi pula.
BCD: Puan boleh alas bahagian dalam lampin dengan “washable liner” yang diperbuat dari fabric fleece yang senang dibilas. Atau boleh guna “disposable nappy liner” yang boleh dibeli di mana-mana kedai bayi. Yang ini “flushable”. Walaupun kena beli, kos keseluruhannya lebih murah berbanding lampin pakai buang. Jika Puan sudah biasa dengan jadual “pee and poo” bayi, Cuma perlu pakaikan liner bila perlu sahaja untuk lebih jimat. Di rumah pengasuh, boleh bekalkan baldi kecil bertutup atau “wet bag” untuk simpan sementara lampin kotor. Mereka tidak perlu membasuhnya.
I: Erm, apa lagi sebabnya saya perlu bertukar kepada lampin kain moden?
BCD: Ia jimat. Dapatkan sekurang-kurangnya 10 set ianya cukup untuk basuhan setiap hari. 1 set mengandungi 1CD+2inserts. Jika rajin menukar insert setiap 4 jam, bayi hanya perlukan 3-5 set sehari. Tapi jika Puan mengumpul basuhan ke 2-3 hari sekali atau ingin pengasuh melampinkan anak semudah lampin pakai buang, Puan perlukan sekurang-kurangnya 24 set.
Satu lagi, lepas ni papa tak perlulah ke pasaraya memborong lampin pakai buang 3-4 pek untuk kegunaan sebulan. Atau tidak perlu lagi berkejar ke kedai serbaguna di tengah-tengah malam kerana lampin pakai buang habis. Paling teruk lagi jika tiada saiz lampin pakai buang yang diingini..almaklumlah tengah-tengah malam kan? Ini yang paling bagus sekali, tiada isu lampin habis atau lampin tidak lagi muat kerana bayi dah bertukar saiz! Ini kerana 1 lampin boleh dipakai dari lahir (3kg) sehingga bayi maksimum 13-18kg (mengikut jenis lampin kain).
I: Mahalnya kos nak dapatkan 24 set tu. Orang kaya-kaya boleh lah beli.
BCD: Puan boleh bermula sedikit demi sedikit. Dapatkan 2-3 set dahulu untuk kegunaan sebelah malam atau hujung minggu. Di Borneo CD, kos untuk 1 set CD (baru) adalah serendah RM29 sahaja (lebih murah dari harga 1pek lampin pakai buang yang berjenama). Bulan depan, beli lagi 2 set, dan seterusnya. Pada bulan ke-5 Puan dapati Puan dah kumpul bilangan set minimum dan boleh pakaikan anak dengan lampin sepenuhnya.
I: Kalau macam tu bolehlah saya mencuba.
BCD: Insyaallah Puan. Berbaloi memilikinya.